Tuesday, March 3, 2009

UJIAN....

Minggu ini minggu ujian. Bukan untuk aku yer.. tetapi untuk murid-murid sekolahku. Jadi bila minggu ujian, cikgu-cikgi relax sikit lah. Tak perlu masuk kelas mengajar macam biasa. Cuma menjaga kelas ujian mengikut giliran. Giliran aku hari ini dari pukul 7.30-10.00. Lepas rehat pukul 10.30 sampai balik nanti free lah....Yahooooo!!!! Sesi mengepam terpaksa ditunda selepas rehat nanti.

Owhhh...sambil menjaga kelas, sempat jugak aku berblogging...kihkihkihhhh...Yer..kalo tak ngantuk beb, duk diam tak buat hape selama 2 jam setengah...

Lambat lagi pulak ujian untuk subjek yang ku ajar. Sains, hari Khamis nanti. Tak sabar nak tengok hasil pertama anak-anak didikku. Biasa memang time ujian, aku excited sebab nak tengok sejauh mana kefahaman anak-anak didikku. Manjang kalo kat dalam kelas, time ngajo..bila tanya "faham tak??"....kompem "FAHAAAAAMMMMMMMMMMMMMM"...
Yer lah tu...tengok sket time ujian boleh buat ke tak...

Untuk murid darjah 6, aku meletakkan syarat, siapa yang dapat A dan B sahaja yang terlepas 'habuan' dariku...ihiksss..kejamkah???? Mereka sudah tahu memang itu menjadi syaratku sejak tahun lepas lagi ketika belajar denganku. Jadi...sendiri mau ingatlah yer murid-murid.... korang belajarlah sampai tak tido malam pun, yang pasti aku mahu hasilnya hanya A dan B. Oh ya...murid-murid darjah 6 ni semestinya kelas yang bijak. Kalo yang lemah... memang kejamlah aku kan. Untuk murid kelas lemah, syaratnya mestilah lulus. Hanya yang tidak lulus akan ku denda... Tidak lupa untuk murid-muridku yang mendapat markah tertinggi, ada hadiah yang menanti. Memang itu yang sering ku berikan sebagai ganjaran bagi usaha mereka. Semoga anak-anak didikku akan berjaya dengan cemerlang...Aminnnnn...............

No comments: