Showing posts with label Ainin Sofiya. Show all posts
Showing posts with label Ainin Sofiya. Show all posts

Saturday, April 18, 2009

Afundi Ainin.. ;p

Ahaaa... Kalian.. Sebagaimana entri YangIni , aku suka-suka masukkan Ainin kan dalam pertandingan baby contest anjuran Mama Aqish. Selain aku, Mommy Lina pun join untuk BabyFahry yang kiut tu... Jadi, kalian vote lah untuk baby kesukaan korang kat SINI. Ada ramaiiiiii sangat baby yang comel-comel join contest nih. Pemenang akan dipilih seorang dari baby girl dan seorang dari baby boy. Silalah afundi (Ainin & Fahry) yer.... ahaksss.......;p

Monday, April 13, 2009

Baby Cute Contest - From Blog MamaAqish


Apa yang menarik tentang Ainin Sofiya...
  • Ainin sangat murah dengan senyuman manjanya. Pantang orang senyum dan agah-agah dia, haaa...cepat jek dia respon sambil gelak-gelak manjer lagi...hahahaa...
  • Dalam usia menjelang 9 bulan ni, hobi Ainin yang paling UTAMA ialah 'bergantung' dengan ibu dek kerana ibu ada 'sesuatu' yang begitu yummmmyyyyy & sentiasa ada bila-bila, di mana jua....ahaksss...
  • Ainin dah pandai 'berkawan'... pastinya dengan si kakaknyalah..walopun asik kena sakat ajer, kakaknya tetap 'bespren' terhebat untuk Ainin..sungguh 'tabah' Ainin nihhhh....
  • Sekarang Ainin dah pandai respon bile orang sebut 'babai'...dia akan buat-buat melambai manjer tangan cumilnya ittew. Juga bila orang nyanyi lagu tepuk amai-amai...dia akan buat-buat nak tepuk tangan....bijakkk anak ibu nihhh...
  • Hahhhh...Ainin bulih panggil "ABBBAAAHHHHHH" sekali-sekala...tapi macam biasa (seperti kakaknya) tidaklah dia memanggil "IBU"..tetapi suka-suki digantikan dengan panggilan "MAMMMAAAA" laaa pulakkkk....huahuahuaaaa....
  • Owhhhh..Ainin memang terlalu MENARIK hingga kalo nak dikisahkan kesemuanya, alamat terlalu panjang berjela lah entri ini...yang pasti... anakku Ainin Sofiya memang sangat menarik di mataku (dan di mata anda semua kan..kan...kannnn...)

Kenapa Ainin Sofiya layak untuk menang???

  • Ahaaa...semestinyalah Ainin Sofiya paling LAYAK untuk menang sebab.... ini kan "Baby Cute Contest"...dan Ainin kan sangatttt CUTE... dan dia juga sangat menarik...maka selayaknyalah dia memenangi ini contest... ahahhhaaa...
  • Ermmmm.... Ainin Sofiya juga layak untuk menang, sebab dialah calon baby comel yang paling sesuai untuk dapat tight yang sangat comel menawan ittew....:)

Syarat-Syarat & Checklist Untuk Baby Cute Contest...

1. Add @ Link MamaAqish di blogroll/bloglist anda. ----> DONE!!!
2. Anda diWajibkan untuk menjadi Follower MamaAqish -----> DONE!!!
3. Gambar yang dihantar mestilah merupakan gambar Baby anda yang Latest sekali.... --->DONE

4. Sila hantar hanya sekeping gambar sahaja.... ---> DONE
5. Sila nyatakan ape yang menarik tentang anak anda & mengapa dia layak menjadi pemenang baby cute contest??? ---> DONE
6. Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ini beserta dengan email address. Untuk pemilihan pemenang nanti... ----> DONE
7. Gambar kesemua baby yang masuk contest berkenaan akan di paparkan pada BlogIni.
8. Hadiah untuk pemenang ialah sehelai tight yang boleh dipilih sendiri dari website http://tightforbaby.blogspot.com/ & hadiah akan dihantar melalui pos sampai ke depan pintu rumah @ pejabat...
9. Pemenang akan diadili oleh hakim yang berpengalaman & keputusan adalah muktamad sebarang surat menyurat tidak akan dilayan....
Dan yang paling penting sekali, sila lengkapkan butir2 berikut:
1) Baby Name 2) Age 3) Mothers' name 4) Add & no phone ( easier for me to contact ) -------> DONE

*** Many thanks to SitiLina, sebab kerana setelah menerjah ke blognya lah, ku tahu ada ini contest... :)

*** Ermmm...kalian...sila jangan muntah kerana ku memuji anak sendiri tinggi melangit tak hengat yer...adapun ini untuk penyertaan contest...ahahhahaaa..

Wednesday, March 25, 2009

Peminat-Fanatik-Ibu...

Kalian..sejak akhir-akhir ini, aku diselubungi keresahan. Hidupku tidak setenang dulu. Ke sana-sini, sentiasa ingin diekori. Arggghhhh...kadang-kala aku merindui ketenangan yang dulu. Hidupku jadi tak keruan kerana tiba-tiba aku mempunyai seorang Peminat-Fanatik. Dan lebih haru lagi kerana aku tidak mampu menghindarinya walau apapun yang berlaku. Sebelum kuteruskan kisah peminat-fanatik misteri ini, biarlah aku perkenalkan dulu wajahnya.....


**




Jeng...........jeng.................jengggggggggggg..................
*
****
*****
Peminat-Fanatik-Ibu yang comel dan tembam..bagaimanakah mampu kuhindarinya????

Aku mengesan peminat-fanatikku ini sebelum cuti sekolah hari tu. Dan terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Pantang ternampak kelibat aku, pastinya dia menggediks-gediks nak dapat aku. Tak peduli laaa ketika tu dalam dukungan siapa. Dan lebih dahsyat lagi, kalo aku ada dan tinggalkan dia sekejap, maka dia akan melalak macam kena dera dan akan senyap sambil tersengih-sengih kesukaan bila aku kembali memegangnya...huhuhuuuuuu....
Masa bercuti ke KL aritu makin menjadi-jadi. Almaklum, perjalanan yang lama, ditambah asik menghabiskan masa dalam kereta, maka makin seronok lah dia dalam pelukan ibu. Bila-bila nak, pastinya dapat nenen kesukaannya. Maka bila di hotel, aku nak ke jamban pun tak boleh okehhh... Pantang kelibat aku hilang dari pandangannya, maka akan merengek lah dia mencari aku. Mr Hubby pun fenin melihat peminat-fanatik aku yang sorang ni. Bila aku tak ada, dia nampak sesiapa pun pakai tudung munawwarah pastinya dia akan tergediks-gediks meliang-liuk dalam dukungan abahnya.
Sekarang ni, dah boleh bergerak ke sana-sini. Semestinya, ke mana jua aku pergi...ke dapur, hatta bilik air sekalipun..sekejapan saja dia sudah ada dekat denganku. Aduhai Ainin.... habislah satu rumah ibu ko lap ye nak.... Aku sekarang memang terkejar-kejar buat keja padan muka aku. Balik dari sekolah lebih kurang pukul 3, memang perlu menenenkan dia di samping membuat sesi mengepam. Mesti nak nenenkan hingga aku dia tertido. Lepas tu, bila dia tido jek, haruslah aku cepat-cepat bersilat di dapo sebelum dia bangun. Kalo dia tak tido-tido, pukul 5 aku mesti pergi masak jugak. Dan pastinya acara bersilat di dapo memasakku lebih ganas lagi kerana diselang-selikan dengan adegan meroyan yang tidak ingin anda lihat memujuk dan melayan dia. Aku mesti siap memasak pukul 6, kerana setelah itu aku nak mandikan Aina dan Ainin. Kemudian sesi bagi makan sambil menonton SpaQ menyusul selepas itu. Itu belum masuk nak kemas umah yang biasa aku buat sambil curik-curik masa (kalo ada) atau kalo tak malam jek laaaa aku kemas umah...sapu apa yang patut...huhuhuhuuuu. Jadi acara memblog memang susah nak diselitkan di antara aktivit-aktiviti yang disebutkan itu. Malam...bila anak-anak dah tido, kalo aku masih larat..barulah boleh bukak blog.
Kelmarin dia demam tiba-tiba. Makin tak nak berenggang lah dari aku. Kesian tengok si bam-bam yang masih ada hati nak menggediks walopun demam. Badan je panas, tapi aktifnya sama je. Cumanya, aku mesti di sampingnya, kalo tak merengek laaa dia. Hari ni dia dah sihat. Tapi masih belum berhenti menjadi peminat-fanatikku. Apakah ini lantaran air hikmat seperti kata mama ealyie yang kuberikan padanya?????

Ainin....Ibu sayang Ainin.... Tak kisahlah kalo jadik peminat fanatik ibu sampai ibu penat pun... Jadi ibu memang lah penat kan....hehehheheheee

Saturday, February 14, 2009

Misi Memantau Stok...


Sudah lama tidak update stok frozen EBM ku. Hari ini aku membuat misi memantau stok. Stok lama sudah dibereskan. Stok yang paling lama adalah stok bulan November yang nampaknya perlu digunakan dan diganti dengan stok baru. Macam nampak susut je stok nihhh??? Yelah..memang nampak susut sebab separuh stok November sudah ku hantar ke rumah mak. Ermmm..sebenarnya sejak naik sekolah aku tidak kerap menambah stok. Biasanya EBM yang ku pam di sekolah kugunakan untuk bekal Ainin keesokan harinya. Bila balik rumah, aku tak pam lagi tetapi kerapkan susuan bersama Ainin. Kenapa ye? Ermmm... sebab aku nak stimulate susu. Perlu kerapkan penyusuan bila bersama bayi..betulkan??? Jadi stok Januari dan Februari tidak banyak sangat sebenarnya. Nampaknya aku dah perlu mula substitute kan stok November dengan yang baru. Stok November memang banyak, sebab masa cuti sekolah lalu aku gasak mengepam sebab Ainin pun lebih banyak tido dari menyusu.
Bulan 4 atau 5 nanti mungkin aku akan dihantar berkursus untuk 'Perlabelan Guru'. Apakah??? Entah..aku pun tak tau sebab ni program baru yang nak tentukan guru opsyen sama dengan matapelajaran yang di ajar. Jadi kerja-kerja berprogram komputer nih, haruslah Guru Data yang mengendalikannya, sebab tu kena pergi bersama-sama dengan guru penolong kanan 1. Tempatnya tak tahu di mana. Paling dekat di JB saja...Paling jauh di Port Dickson. Namun kalo di JB pun, aku diperlukan duduk di hotel kerana malam pun ada course. Tempohnya 3 hari 2 malam. Wallaaa...aku mula tak senang hati memikirkan bagaimana nak arrange masa mengepam nanti. Hhuhuuhuuu...walopun lama lagi...tetap risau juga. Ainin nanti cemana??? Aku harap biarlah di JB saja...walopun kena duk hotel, tak laa jauh sangat kan. Mungkin nanti boleh juga hantar supply...wahhh...sungguh ku tak suka berkursus. Mintak-mintak tak jadilahhh...hehehhee

Wednesday, February 11, 2009

My Precious 'A'...

Dah agak lama aku tak berkisah-kisah tentang buah hatiku, anak dara yang dua orang itu...Aina dan Ainin. Hari ini aku ingin kisahkan perkembangan puteri-puteri kesayanganku itu...
Aina Suraya....

Si kakak Aina yang semakin hari semakin petah bercakap. Dari hari ke hari aku perhatikan pertuturan Aina sudah mencapai ayat yang lengkap. Dan Aina juga kini semakin patuh pada arahan. Aina juga sudah pandai memujuk, juga meminta maaf. Paling tak tahan, bila kena marah dengan aku, dia akan cepat-cepat peluk aku (sambil menangis) dan cakap..."ibu..mintak maaf ibu.."...huhuhuuu...Luruh hatiku mendengar kata-kata itu. Dan seringkali bila Aina sudah meminta maaf, level kemarahanku akan turun bagai disimbah air..dan aku akan bertanya padanya.."kenapa Aina minta maaf? Aina buat salah apa?" dan dia akan menyebut apa kesalahannya. Kemudian akan kutanya lagi, "lain kali nak buat lagi tak??" dan dengan mulusnya dia berjanji tidak akan mengulanginya. Itu pendekatanku dengan Aina. Buat salah, memang kena marah sesungguhnya. Bila sudah habis marah, aku akan cakap kenapa dia dimarahi. Dan setakat ini, cara ini berkesan dalam aku melentur Aina, Alhamdulillah. Biasanya, bila dia melakukan sesuatu yang tidak ku sukai, aku akan bertanya, "Kakak, boleh ke buat macam tu?" Dan Aina pun sudah faham jika pertanyaan itu sudah ku tanyakan, dia akan jawab, "tak boleh,nanti ibu marah"...dan jika dia berdegil juga kadangkala, memang lah akan kena marah denganku. Namun Aina memang manja. Ada ketikanya dia mahu aku memeluknya selalu. Tapi dapat kuperhatikan dia juga semakin independence.

Perkembangan pembelajaran Aina juga memberangsangkan bagiku. Alhamdulillah..dia kini sudah menghafal A-Z dan dalam proses mengenal keseluruhan huruf itu. Aina belajar dengan mudah dari tontonannya terhadap CD ABC Brainy Baby. Sepanjang Mr Hubby balik bercuti tempoh hari, aku tidak dapat mengajar Aina secara efektif lantaran terlalu sibuk dengan aktiviti di sekolah hingga ke petang dan menguruskan rumahtangga. Namun, mujur Mr Hubby mengambil-alih mengajar ABC kepada Aina di masa terluangnya. Dan Aina pun lebih seronok belajar dengan abahnya berbanding dengan ibunya yang garang ini...hehehheheeee....Memang encik abah lebih tinggi tahap kesabarannya berbanding dengan aku..;p Apapun, sepanjang ketiadaan hubby kali ini akan ku gunakan untuk melebihkan masa belajar bersama Aina...insyaAllah...

Aina masih belum mahu di 'potty-train' kan. Dia menangis-nangis nak pakai pampers jugak...huhuhuuu... Bilalah mau berenti pakai pampers ni?? Mungkin aku pun belum bersedia nak mem'potty-train' kan dia, lantaran sibuk dengan pelbagai aktiviti sebagai isteri dan ibu terutamanya memBFkan si adik dan mengepam untuk bekal adik di masa terluang. Buat masa ini, biarlah Aina berpampers lagi..Lagipun ibu sudah menjimatkan duit abah untuk adik Ainin kannnn...heheheheee...

Ainin Sofiya...

Lihatlah si comelku yang berambut ala-ala profesor ittew...hehehheeee. Memang rambut Ainin hanya melebat sekelompok di tengah sahaja, depan dan belakang agak kureng. Ainin sudah cekap meniarap dan kini dalam proses mengangkat-angkat dada dan montotsnya sebagai persediaan untuk merangkak. Owhh..ada bayang-bayang gigi sudah mahu tumbuh di gusi bawahnya. Sebab itulah kini dia gemar menggeget manjer puting ibu..ohohohoooo....

Oh ya...Ainin juga kini sudah fully CD'ing...Alhamdulillah. Sejak dari bulan 11 Mr Hubby tak perlu membeli dispo diapers untuk Ainin. Memang sangat menjimatkan. Tak perlu beli dispo diapers dan susu untuknya. Boleh bayangkan kah berapa penjimatan yang dapat dibuat. Hanya perlu mengeluarkan belanja untuk Aina (dispo diapers) dan susu..perbelanjaannya menjangkau RM300 sebulan. Cumanya, kerjaku lah makin bertambah. Yelah kan...nak BF dan pumping lagi...kemudian menguruskan CD lagi..(di samping dengan kerja-kerja lain yang ada...) Tapi tak apalah...jadi ibu kan memang penat. Redha sajalah...:) Namun aku memang senang dengan aktiviti CD'ing Ainin. Puas hati dengan kemantapan CD Coolababy yang kubeli dari PuanSuraya ini, murah dan sangat puas hati. Kini Puan Suraya tidak lagi menjual CD Coolababy, tetapi telah ada produk CD baru iaitu Lunatots yang boleh didapati dari Sini. Harganya masih murah lagi berbanding dengan CD yang lain walaupun tidaklah semurah coolababy. Aku belum mencuba CD ini, kerana coolababy yang kubeli sebanyak 10 helai itu masih mencukupi untuk kegunaan Ainin.

Aina & Ainin...

Lihat gambar di atas. Mereka sudah semakin ngam berdua. Si adik sudah pandai memberi respon bila si kakak mengagahnya. Si kakak pula semakin seronok bila tengok adik tergelak-gelak sakan dengannya. Si kakak juga dah semakin sayang pada adik dan sudah kurang 'membulinya'. Cuma satu, agak kedekut sikit dengan barang-barangnya. Adik tak boleh main dia punya okehhhh...huhuhuuuu... Namun melihat kedua-dua beradik itu bergelak ketawa, amatlah menghiburkan hatiku. Inilah permata hatiku. Dua 'A' yang ibu kasihi sepenuh jiwa....:)

Thursday, February 5, 2009

Abah & Ainin...

Hari ini abah kena jaga Ainin. Sebab mak dan ayah terpaksa balik ke muo, ada urusan. Derang boleh bawak Aina aje. Nak bawak Ainin pastilah melecehkan untuk derang. Dah lah nak handle 2 orang budak kecik, nak bagi EBM kat Ainin kena hangatkan jadi so messy untuk mak dan ayah. Jadi kesimpulannya, oleh kerana abah sedang bercuti, maka abahlah yang kena jaga Ainin.

Malam tadi, saya telah prepare 13oz EBM dalam fridge. Frozen porridge adik juga telah saya letakkan dalam fridge. Botol susu Ainin pun dah diletak bersama supaya abah tak tercari-cari. Tidak lupa baju dan CD adik sudah saya preparekan supaya mudah untuk abah.
Pesan saya kepada abah ehmm hubby tersayang...
"Abang, Ainin minum dua kali..nanti pukul 8, lepas mandikan dia. Pastu pukul 10. Pukul 12 dia mamam okeh. Tapi kalo sebelum org blk dia nak susu lagi, bagi laaa lagi ekk. Biasa dia minum 5oz skali minum. Tapi kalo abang takut boring sbb dia minum lambat, panaskan laa 3oz dulu ker...Ni baju, ni CD, botol susu..susu ngan bubur ada dlm fridge....." pungpangpungpang saya bagi talk macammana nak prepare susu dan bubur nanti. Tak lupa cara-cara bagi susu dan makan baby.... hehehheee..cuak jugak nak tinggalkan baby ngan hubby nih...hadoiiii...kan ke bapak dia tu....hihihiiiiii....Ya Allah selamatkanlah anak dan suamiku.....

Saya sampai umah pukul 2.45pm. Saya jengah Ainin..owhhh..sdg tido. Abah sedang berinternet. Saya jengah susu dalam fridge...walllaaaaa adik minum 3oz ajerrrrrrrrrrr????????????? huhuhuuuuu....bubur pon tak habis.... alahaiiiii....
Abah kata...adik (dan abah) tido sampai kul 10, pastu baru mandi. Dia minum susu memain, tu yang habis 3oz jek sebab asik geget puting jek...hehehehheeee... pastu tido lagik. kul 12 bangun makan, tapi tak abih...pastu sambung tido sampai ibu balik....
Tak apalah abah....terima kasih sebab dah berjaya jaga Ainin...really appreciate it.. Tak kisahlah adik minum sikit pon, bukan adik nak tinggal ngan abah hari-hari kannnn...Nasib baik abah ada nak jaga adik.... Thank you Hubby....you're the best abah ever!!!!!!!!!!!!! Lebiuuuu... :)

Monday, January 19, 2009

Ermmmm....cedapnyerrrr....

Saya sedang berinternet untuk menghalang diri dari tido di waktu petang. Mata ini mengantuk tapi saya tak mau melayan kengantukan ini....Owhhh adakah perkataan kengantukan??? hehehhehee...Si kecik comey kesayangan saya @ saya sering panggilnya Cik Bam Bam, berbaring di sebelah saya setelah menyelitkan diri di dalam pelukan saya sambil menenen. Saya melompat dari satu blog ke satu blog kawan-kawan. Cik Bam Bam pula...uh ah uh ahhhh...bising mulut comelnya merengek-rengek. Mahu nenen lagikah??? Saya angkat dia..nenenkan dia lagi.. Dia, nenen sekejap, kemudian sibuk toleh kanan toleh kiri, pandang muka saya sambil tersengih-sengih manjer..isk... Saya letak dia semula di sebelah saya. Dia merengek lagi, saya angkat..dia tersengih-sengih..Owhhh..saja nak mengada dengan ibulah ni...
Saya buat tak tau... dia uh ah uh ahhhh lagi....Dan tiba-tiba senyap...... Apa yang dibuatnya????
.............................................................................................................................................................................

































Lihatlah dia sudah tertido sambil menghisap jarinya...memang dia begitu...huhuhuhuhuuuuuu....

Sunday, January 18, 2009

My Breastfeeding Journey...

Hari ini 18 Januari 2009.. Genap usia Ainin Sofiya 6 bulan. Bermakna genap 6 bulan juga perjalananku menyusukan Ainin dengan jayanya..Alhamdulillah!!!

6 bulan juga Ainin Sofiya menikmati hanya susu ibu sahaja. Pejam celik, pejam celik, serasa cepat betul masa berlalu, terasa macam baru semalam memeluk Ainin sambil menyusukannya buat pertama kali. Ini kiranya macam pra-grad lah untuk aku. Perjalanan pertama dipermudahkan Allah. Bekalan susu buat Ainin Sofiya sentiasa mencukupi... dan aku amat bersyukur kerana diberi kesempatan dan dipermudahkan dalam proses penyusuan ini. Ainin Sofiya juga diberi kesihatan yang baik sepanjang 6 bulan ini. Belum ada demam-demam sehingga kini. Semoga ketahanan tubuhnya juga tinggi seperti kakaknya. Fizikal Ainin Sofiya juga berkembang dengan baik sekali. Perkembangan psikomotornya juga seperti bayi-bayi lain. Hingga kini, Ainin Sofiya sudah pandai meniarap, reversed, berpusing-pusing 360 darjah. Dia sudah boleh mengangkat-angkat dadanya, mungkin sebagai persediaan untuk merangkak pula. Tadi Ainin Sofiya ku bawa ke Paednya untuk suntikan Hepatitis B. Beratnya kini 8.4kg...Alhamdulillah. Selepas ini, Ainin akan jumpa Paednya lagi di usia 9 bulan nanti untuk memantau beratnya.

Dan bersyukurku jua kerana anakku ini memang tidak banyak kerenah. Amat mudah menjaganya. Setelah perutnya kenyang, pasti dia akan lena tidur. Jarang benar dia menangis berpanjangan. Ainin Sofiya sudah ku perkenalkan dengan makanan pejal. Kini dia sudah makan bubur yang kukisar bersama carrot atau lain-lain sayuran. Di usia tujuh bulan kelak baru akan ku tambah ikan di dalam buburnya. Sehingga kini, Ainin Sofiya minum 5oz susu untuk sekali penyusuan. Jadi sehingga tempoh bekerjaku, Ainin memerlukan dalam 10-15oz sehari. Masih mampu ku sediakan. Stok susuku masih banyak di dalam freezer. Sejak kembali bertugas tempoh hari, aku belum lagi menambah stok EBM ku lantaran agak sibuk di awal musim persekolahan ini. Setiap hari, aku mengepam hanya untuk bekalan Ainin Sofiya keesokannya. Mungkin aku perlu kembali menambah stok kerana perjalananku menyusui Ainin Sofiya masih panjang lagi. Aku benar-benar berharap dan berdoa agar dapat menyusukan Ainin Sofiya sehingga ke usia 2 tahun. Jika boleh aku tidak mahu mengulang kesilapan lalu (yang tidak mahu kuingat lagi).

Jadi...chaiyooo chaiyoooo buat diriku. Jangan malas-malas mengepam. Cekalkan hati supaya dapat teruskan perjuangan menyusui Ainin Sofiya hingga ke-2 tahun kelak. Ucapan untuk abah Ainin Sofiya, selepas 2 tahun nanti baru beri Ainin adik okeh...bolehkah??? hehheheheee...

Untuk semua ibu-ibu yang menyusukan bayinya, semoga kita berjaya GRAD dengan cemerlang...Aminnnnnn............. * Ini gambar terbaru Ainin Sofiya (dan ibunya) yang baru ku ambil petang tadi... :)

Tuesday, January 13, 2009

Owhhh...

Owhhhh tidakkk.... pukul 3.30 pagi ku terbangun. Golek kanan, golek kiri...cuba untuk melelapkan mata lagi, tapi tak boleh. Ainin Sofiya pun terbangun juga. Beri susu dia sekejap, kemudian dia tak mau lagi. Siap meniarap, sambil bising mumbling kepadaku yang mungkin bunyinya sebenarnya begini, "ibu..kenapa tak tido nihhhh?? Ainin pun nak main lahhhh..." Lalu ku dan Ainin Sofiya main-main sama. Ku geletek dia, dia gelak. Ku letak dia atas dadaku, huhuuu..dia baring-baring penuh aman sambil seperti biasa menghisap ibu jarinya... Ku pegang tangannya sambil meletakkan tangan-tangan kecil itu di mukaku. Dia kesukaan. Main-main pukul 3.30 pagi??? Apakahhh....

Ainin Sofiya kemudian baring-baring di sisiku. Owhhh..tak boleh tido balik jugak. Lalu ku buka laptop dan melompat-lompat di blog kawan-kawan yang tak sempat ku jengah siang tadi.
Kemudian menaip pula di blog sendiri yang tiada update semalamnya. Owhhh..sudah pukul 5.35 pagi sekarang. Ainin Sofiya sudah tertido semula. Entah bila dia tertido, tiba-tiba senyap sahaja. Ku cium-cium dia. Kenapa baby sangat wangi walaupun waktu macam ni ye? Haruskah ku tido lagi??? Pukul 6 pagi, alarm selalunya berbunyi. Mungkin ku tak patut tido lagi lah... Atau akan liat nak bangun semula nanti.

Kawan-kawan...ku telah jatuh cinta.... Dan mungkin kerananyalah ku terbangun dan tergolek-golek tak tentu arah ini. Owhhhh..saspenkah???? Akan ku ceritakan nanti....;)

Wednesday, January 7, 2009

My First Solid Food...

Lagi 10 hari Ainin Sofiya akan berusia genap 6 bulan!!! Yessss...maknanya juga, lagi 10 hari my breastfeeding journey mencapai target pertamanya...Alhamdulillah!!!
Dari minggu lepas lagi ibu dan tok mak telah berbincang-bincang ingin memperkenalkan makanan pejal a.k.a solid food kepada Ainin. Sebenarnya dari bulan lepas Ainin dah mula menunjukkan minat bila tengok orang makan. Mulalah mulutnya pun ternganga-nganga dan kadangkala dikecap-kecap.

Masa Aina dulu, ibu kenalkan Aina dengan biskut Farley Rusks. Kemudian perlahan-lahan home-made porridge. Namun untuk Ainin, ibu sebolehnya tak mahu kenalkan makanan segera kepadanya.

Hari ini, Ainin makan untuk pertama kalinya. Apa yang Ainin makan ye???
Ainin makan potato puree:
1/2 biji kentang yang direbus dan dilecek, kemudian ditambah sedikit susu ibu untuk mengurangkan kepekatannya...
Kata tok mak Ainin sukakan makanan pejal pertamanya itu. Dia makan sampai habis!!!! Alhamdulillah anak ibu ni sama macam kakaknya, tak banyak kerenah masa makan..kira-kira tolak batu ngan kayu jek laaaa...rasanya sifat ni diwarisi secara genetiknya dari ibu dan abah laaa...hahahhahahaaaa....

Untuk hari-hari seterusnya, akan ditukar-tukar menu Ainin... Antara menu yang ibu rancangkan....
- Carrot puree
- Pumpkin puree
- Brocolli puree

Dan bila Ainin dah semakin pandai makan nanti, seperti kakaknya, Ainin akan makan bubur nasi + sayur-sayuran + ikan....InsyaAllah...