Sunday, March 1, 2009

Kejohanan Olahraga Kali ke-17

Kejohanan Olahraga Tahunan 2009 telah pun berlangsung dengan jayanya di sekolahku. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, meskipun suasananya agak tidak selesa kerana hujan lebat pada hari sebelumnya dan menyebabkan padang berlopak dipenuhi air di sana-sini. Di khemah urusetia berlonang air... sampaikan cik puan pengacara majlis (aku laa tu...) terpaksa membuka kasut dan berkaki ayam saja okehhhh.... Kami sebenarnya kekurangan tenaga kerja disebabkan bilangan guru yang sedikit. Ada pulak cikgu yang kena p kursus tiba-tiba. Makin berkurang lah kakitangan. Jadi yang tinggal nih terpaksa lah berkejar-kejar ke sana sini. Aku sebagai pengacara majlis, memang kena duk diam je laa di tempat juruacara..
Apapun..segalanya sudah selesai. Itu yang paling penting okeh. Oh ya...rumah sukanku, rumah merah a.k.a Satria, telah mendapat tempat kedua dalam acara perbarisan dan juga naib johan keseluruhan... Alhamdulillah....:)
Jadi..layan ajerlah gambo-gambo yang sempat aku ambil nih. Tak banyak yang dapat ku ambil sebenarnya sebab tak boleh tinggalkan mikrofon..kihkihkihhhhhh....
Dimulakan dengan cik puan pengacara majlis yang giler 'mic' (mikropon lah)..cikgu Intan dan cikgu Zaharah....
Cikgu-cikgi berposing dulu apa-apa hal pun okehhhhh....hehehhehehheeeeeeeeee
Persembahan 'poco-poco' oleh murid Tahun 3, dibimbing oleh cikgu Zailah... nampak cikgu nyer tu???? hehheheheheee..................
Barisan rumah merah a.k.a Satria dari kejauhan....

Bersama anak-anak murid rumah merah. Nampakkah yang mana satu cikgu, mana satu anak murid???? ;p

2 comments:

Mummy Dasy said...

dulu plg anti umah merah coz dr sekolah rendah spi sekolah menengah kumpulan merah klu x 1st mesti 2nd place

sayangibu said...

ehehheheeee...kat skolah saya begitu juga..umah merah always tip top...;p