Showing posts with label hubby. Show all posts
Showing posts with label hubby. Show all posts

Friday, March 27, 2009

Supportive...

Kalian... Aku diajak berbincang oleh seseorang berkenaan perkara ini....

Apakah tindakan anda jika sang arjuna hati suami mengambil keputusan bertukar kerja tanpa meminta pandangan anda???
Apakah anda akan...
a) Meroyan Marah dan berkecil hati ---> nyatakan mengapa
b) Supportive a.k.a memberi sokongan moral ---> nyatakan mengapa.

Jadi ku ingin bertanya pendapatan anda juga.

Pendapat aku????

Jika aku, aku memilih........
(b) Supportive a.k.a memberi sokongan moral sepenuhnya.
Kenapa??? Kerana aku yakin dan percaya pada suamiku. Aku yakin dan percaya dia pasti sudah memikirkan semasak-masaknya tentang keputusan yang diambilnya. Aku tahu suamiku pasti tahu apa yang terbaik untuk keluarganya. Jika keputusan yang diambilnya itu mendatangkan kesilapan di kemudian hari, I will never blame him. Aku akan memberikan sokongan moral kepadanya. Aku mahu menjadi isteri yang supportive. Aku mahu dia tahu bahawa aku sentiasa menyokong keputusannya yang baik-baik sajalah yer... cik abang jangan salah paham statementku nihhhhh...
Aku berkahwin dengannya semestinya kerana kepercayaanku sila jangan salah gunakan yang tidak berbelah bagi kepadanya. Owhhh....baik hati sangatkah aku???? Aku memang mahu jadi tulang belakang kepada suamiku... I am very supportive...yes I am!!! Abang..I lurve u....apa kaitan???!! ;p

Jadi kalian bagaimana??? Cuba fikirkan.... :)


Friday, March 20, 2009

GILERRRR!!!!!?.....

Aina Suraya dalam proses penyerapan. Proses penyerapan??? Heheheee...yelah, dia sekarang nih menyerap segala apa yang kita cakap dan diulang-ulang semula. Dia anak yang bijak dan cerdas...aku pun nak puji anak aku jugak..hehehe Apa yang aku ajar memang cepat dia dapat.. itu yang bagusnya lah. Tapi korang tau... Susah jugak okeh bila dia cepat tangkap camtu.
Aku prasan, tiap kali aku dan Mr. Hubby berborak, Aina akan duk diam-diam dengo apa yang kitorang borakkan. Masa on d way p kl...dalam kete, biasa laaa duk borak-borak. Mesti ada kuor perkataan.." Laju GILER, beso GILER, terer GILER dan bermacam-macam GILER" lagi yang terkuor dari mulut ibu dan abah Aina nih... Tiba-tiba... si Aina pun boleh repeat perkataan GILER itu berulang-kali. Alamakkkk....huhuhuuuuuu...aku dan hubby cepat-cepat cakap oopppssssss!!!! But then.. asik laaa Oppsss I did it again kannnn.. Korang pun tau laa kan, perkataan GILER nih dah macam sinonim dalam perbualan kita. Tapi nampaknya anak dara aku nih dah absorb perkataan itu dan pantang dengo kitorang tersasul, dia pun sebut jugak. Aku cakap kat dia,"kakak jangan laa cakap GILER, tak baik tauuuu..."
Tak baik?? yer memang tak baik, tapi kejadahnye nape ibu dan abah asik sebut je kan???
Jadi..agak terseksa lah kami sepanjang perjalanan itu, sebab terpaksa nak tapis perkataan GILER itu di depan Aina. Seksa u ollsssssss.... penat okeh otak aku nak tapis-tapis ayat yang kuor..kihkihkihhhhh.... Hubby pulak gantikan perkataan GILER itu dengan WOWWWW!!! Hahahahhahaaaa............. Ni yang orang kata bagai ibu ketam mengajar anaknya berjalan. Sekian saya melaporkan berita untuk ini hari...ahaksss..........

Muka innocent Aina Suraya.... Love you baby.....:)
Muka cheeky Aina Suraya.... hehehheheee..........;p


Thursday, March 5, 2009

Berita Gumbira...

Aku ada berita gumbira untuk Aina dan Ainin untuk diri sendiri sebenarnya....ahakssss...

Mr Hubby sudah naik ke darat dengan selamatnya hari ini...YEAY!!!!!

Tetapi...dia hanya akan sampai ke sisiku pada hari Isnin nanti atau paling lewat Selasa. Kenapa??? Kerana dia telah meroyan pergi ke Pulau Perhentian untuk mengambil Diving Course bagi mendapatkan Diving Licence yang telah lama diidamkannya. Course itu mengambil masa 4 hari 3 malam. Isk..aku sangat jeles sebab tak dapat pegi ke pulau itu....huhuhuuuuu....

Walaupun begitu..tak kisah lah..ku sudah tahu bila dia akan balik..tidak lah tertanya-tanya lagik... Dan Aina pun sudah excited bila tahu abahnya sudah mau pulang. Owhhhh...cepatlah hari Isnin...Aina haku dah tak sabar nih...kihkihkihhhhhh..................

p/s..terima kasih kepada Cik Lola di atas tunjuk ajarnya potong memotong perkataan..almaklum saya mak orang budak baru belajar...;p

Monday, February 23, 2009

Kisah Kek Batik...

Alkisah aku membuat kek batik semalam sebagaimana yang aku war-warkan dalam entri semalam. Dan kerana aku ini isteri 'solehah'...maka aku telah mengirim kek batik itu kepada Mr Hubby melalui email...apekah???!!!

Dan hari ini, Mr Hubby telah menelefonku...mengatakan bahawa kirimanku telah sampai dengan selamatnya..dan dapat lah dia menjamu mata. kemudian dia kata....
"Tengok kek batik tu, abang baru teringat janji nak p survey oven kan masa abang balik hari tu??? tak sempat kannn...sorry ekkk??? Nanti laaa kite p okey"
Owhhh..apakahhhh??? Sungguh aku tak de niat pun nak memperingatkan dia tentang janji manisnya yang nak ajak aku survey oven masa dia balik hari tu... Aku pun tau masa dia balik ari tu,memang full ajer schedule dia. Lagipun bajet dia pun dah p membetulkan cermin tingkap kereta yang pecah hari tu serta mengganti tayar kereta yang aku lenjan ke hulu-hilir itu..jadi tak sampai hati pulak nak ingatkan dia pasal oven tu.

Sebenarnya...masa Mr Hubby pergi offshore first trip tempoh hari, aku ada mengura-urakan kat dia untuk membeli oven yang double grill supaya dapatlah aku buat kek cekelat, cheese kek dan lain-lain. Aku siap promote lagi geng-geng blog yang asik buat kek...(siapakah itu??? kihkihkihhh...) Dan Mr Hubby telah pun bersetuju dengan syarat kek aku nanti mesti lah sebest secret recipe (mencabar aku lah nih kekdahnyer...cettt...).

Jadi tunggulah dia pulang nanti...kalo tak ada aral..boleh lah aku mengendeng-ngendeng sebijik oven double grill untuk menyemakkan dapur aku yang kecik comey ittew...;p

Thursday, February 19, 2009

Terharu...

Terima email lagi dari Mr Hubby yang jauh di mata dekat di hati. Di antara baris-baris kata yang dikirimkannya, ini yang menyentuh hatiku....


"harap.. anak2 kita tak la demam2 ke.. nanti cian ibu kena jaga dia orag.. stakat nie alhamdullilah semuanya sihat2 je.. berkat susah payah ibu jaga dan kasi susu ibu...
tu semua rezeki dari Allah.. susu ibu mmg terbagus utk anak.. abah mmg respek ibu"


Ku sungguh terharu... Selama ku bersusah-payah menjebakkan diri dalam dunia breastfeeding dengan tegarnya sejak dari zaman Aina ke Ainin..belum pernah lagi Mr Hubby melahirkan penghargaan dengan nyata kepadaku. Aku tahu dia sentiasa memberi sokongan namun tak pernah dinyatakan secara terus kepadaku. Dan kesan dari emailnya itu, hatiku berbunga-bunga dan aku makin bersemangat untuk meneruskan penyusuan tegar kepada Ainin.

Itulah kan...sang suami...kalau selalu melahirkan penghargaan dan kasih sayang dengan kata-kata, pastinya isteri akan lebih merasa dihargai. Aku tak tahulah suami kalian..tapi suamiku memang susah nak dengar dia menyatakan penghargaannya walaupun ku tahu dia memang menghargai dan menyayangiku... :)

Wednesday, February 11, 2009

Bon Voyage Mr Shamsul...

Mr Shamsul a.k.a Mr. Hubby sudah kembali bertugas di tengah lautan semula. Ku sangkakan kepulangannya tempohari adalah selamanya. Rupa-rupanya hanya bercuti dua minggu dan bertugas kembali ke Kelantan. Owhhh...kesunyian sudah mula kembali menggeget hati. Dia akan pulang sebulan lagi. Harap-harap sebelum cuti sekolah. Kalau tak boring laa cuti sekolahku nanti tanpa Hubby di sisi...

Dan aku akan kembali menanti-nanti kiriman email darinya...huhuuhuuuuuu

Bon voyage Hubby... semoga selamat pergi dan kembali. Semoga segala urusan kerja dipermudahkanNya.. As usual....we miss you.....sooooooooooooo muchhhhh........

Thursday, February 5, 2009

Abah & Ainin...

Hari ini abah kena jaga Ainin. Sebab mak dan ayah terpaksa balik ke muo, ada urusan. Derang boleh bawak Aina aje. Nak bawak Ainin pastilah melecehkan untuk derang. Dah lah nak handle 2 orang budak kecik, nak bagi EBM kat Ainin kena hangatkan jadi so messy untuk mak dan ayah. Jadi kesimpulannya, oleh kerana abah sedang bercuti, maka abahlah yang kena jaga Ainin.

Malam tadi, saya telah prepare 13oz EBM dalam fridge. Frozen porridge adik juga telah saya letakkan dalam fridge. Botol susu Ainin pun dah diletak bersama supaya abah tak tercari-cari. Tidak lupa baju dan CD adik sudah saya preparekan supaya mudah untuk abah.
Pesan saya kepada abah ehmm hubby tersayang...
"Abang, Ainin minum dua kali..nanti pukul 8, lepas mandikan dia. Pastu pukul 10. Pukul 12 dia mamam okeh. Tapi kalo sebelum org blk dia nak susu lagi, bagi laaa lagi ekk. Biasa dia minum 5oz skali minum. Tapi kalo abang takut boring sbb dia minum lambat, panaskan laa 3oz dulu ker...Ni baju, ni CD, botol susu..susu ngan bubur ada dlm fridge....." pungpangpungpang saya bagi talk macammana nak prepare susu dan bubur nanti. Tak lupa cara-cara bagi susu dan makan baby.... hehehheee..cuak jugak nak tinggalkan baby ngan hubby nih...hadoiiii...kan ke bapak dia tu....hihihiiiiii....Ya Allah selamatkanlah anak dan suamiku.....

Saya sampai umah pukul 2.45pm. Saya jengah Ainin..owhhh..sdg tido. Abah sedang berinternet. Saya jengah susu dalam fridge...walllaaaaa adik minum 3oz ajerrrrrrrrrrr????????????? huhuhuuuuu....bubur pon tak habis.... alahaiiiii....
Abah kata...adik (dan abah) tido sampai kul 10, pastu baru mandi. Dia minum susu memain, tu yang habis 3oz jek sebab asik geget puting jek...hehehehheeee... pastu tido lagik. kul 12 bangun makan, tapi tak abih...pastu sambung tido sampai ibu balik....
Tak apalah abah....terima kasih sebab dah berjaya jaga Ainin...really appreciate it.. Tak kisahlah adik minum sikit pon, bukan adik nak tinggal ngan abah hari-hari kannnn...Nasib baik abah ada nak jaga adik.... Thank you Hubby....you're the best abah ever!!!!!!!!!!!!! Lebiuuuu... :)

Tuesday, February 3, 2009

Berkecai...

Hari Ahad yang lalu, kami sekeluarga telah ke pasar Rengit, Batu Pahat. Memang telah menjadi rutin kami jika pulang ke kampung Mr Hubby di Pontian, kami akan ke pasar Rengit untuk membeli bahan-bahan basah, stok untuk seminggu dua. Di sana, ikan-ikannya baru dan segar, juga lebih murah. Kalau dekat umah aku mimpi laa nak dapat ikan yang baru-baru.
Tapi aku bukanlah nak citer pasal ikan sebenarnya. Yang nak aku ceritakan, on the way kami balik dari Rengit tu, tiba-tiba.................
Cermin kereta yang sedang dipandu oleh Mr Hubby berkecai. Yer...berkecaiii beb.... Kenapa??? Mr Hubby terus berhentikan kereta. Aku menoleh ke belakang dan kelihatanlah sekumpulan orang sedang memesin rumput di tepi jalan. Aduhaiiiii.... Bagaimanakah??? Nasib baik lah aku dan anak-anak duduk di belakang. Dan nasib baik juga cermin itu bertinted, jadi tidaklah ia bersepai terus.
Dan untuk menggantikan cermin tersebut, perlu diorder dan dibayar deposit dahulu. Perlu menunggu paling cepat seminggu untuk cermin itu sampai dari KL. Yang membengangkan, oleh kerana Mitsubishi servisnya dikendalikan oleh EON, servisnya amatlah sengal. Mr. Hubby telah bengang dengan khidmat EON yang amatlah tidak mesra pelanggan. Memang sengal... Dan kerana insiden ini, program jalan-jalan kami tergendala lah nampaknya....Inilah yang paling membengangkan sekali okehhhh....:(

Thursday, January 29, 2009

Oh Laaa Laa 2...

Alhamdulillah, hubby selamat sampai di rumah lebih kurang pukul 10.30pm tadi. Agak lambat sebab dia naik flight ke KL petang tadi, then flight KL-JB hanya ada malam sahaja. Namun lebih baik dari dia amik bas dari Kelantan-JB, kompem 12 jam, esok baru sampai. Sesampainya dia di rumah, Aina dan Ainin dah tido. Kiranya anak-anak belum tau lagi abahnya dah sampai. Si kakak nampak sangat happy bila ku beritahu abah nak balik. Masa bawak dia balik tadi, asik tanya 'mana abah ni??'... wahahhahaaa...

Aku tak boleh tido pulak nih...apa kes pulakkkk....Ntah...seronok sangat kot hubby balik. Toleh kat sebelah...ada Aina, Ainin dannnnnnn............Hubby.... tengah syok tido...hehheheheee. Bila pusing kanan, pusing kiri tammo gak pejam mata nih, bangun ngadap blog lagi syiok... ;)

Wednesday, January 28, 2009

Oh Laa Laaa...

Terima email ini sebentar tadi...

"Assalamualaikum,

Abg balik hari ni insyaallah.. email ni org lain akan pakai.. so tak yah la balas.. nanti email kat rumah je ..kk..

jumpa d pasir gudang. bila sampai darat abg call k..

shamsul-suami mu yg tercinta"


Oh la laaaaaa.... suamiku akan pulang hari ini. Walaupun tak tahu lagi pukul berapa laaa dia akan sampai ke pangkuanku...dan anak-anak....ehehheee...tapi aku macam nak melompat kesukaan.. kihkihkihhhh...
Hatiku berbunga-bunga...seperti anak dara yang baru kena pinang dengan pujaan hati... Owhhh...I really love this feeling...korang pernah rasa tak perasaan bile sekian lama berpisah dan nak bertemu kembali.

Aku nak balik Seri Alam kejap lagi, nak servis rumah & diri apa yang patut...hahahahahaaa....
Hari ini semangat nak servis rumah menggebu-gebu...wallaaaaaaaaaa....
Sebenarnya ada dua entri yang aku nak publishkan kat blog nih, tapi nanti lah dulu. Sesudah aku siap segala kerjaku nanti, akan ku entrikan di sini...adiozzz....

Thursday, January 22, 2009

*UPDATE* Hobi Baru...

Gambo-gambo di bawah nih dah beberapa hari ku amik, tapi tak boleh upload, jadi ku peram dulu lah niat mengentrinya.

Hampir 3 minggu melepak kat umah mak ku ini telah membuka hatiku terhadap satu hobi baru iaitu........GARDENING @ BERKEBUN @ MENANAM BUNGA atau apa apa ajerlah yang sama dengannya. Well...bukan senang okeh untuk ku terbuka pintu hati terhadap bidang perkebunan ini. Biarpun mak ku dah lamaaaaaaaaaaaaaaaa giler berkecimpung sebagai penanam bunga yang tegar sehingga tanah kat belakang rumahnya dah jadi bagai kebun bunga a.k.a nursery makcik Odah. Memang cantik sebenarnya. Dan pihak Majlis Bandaran Pasir Gudang pun senang hati sebab tak payah nak upah orang mesin rumput kat situ. Nanti akan ku upload pula gambo kebun bunga mak ku. Macam-macam bunga yang mak tanam. Sireh pun ada di tanamnya, masa ku kawen dulu, takyah susah-susah nak beli sireh. Oppsss...tammo citer banyak pasal kebun bunga mak, nanti aku nak buat entri lain bile ku upload gambo kebunnya okeh..

Yang nak ku kisahkan nih adalah...entah kenapa tiba-tiba tangan nih rasa gatal pulak nak membela bunga. Mungkin sebab aku sangat tak ada kerja buat masa ini..jadik macam ala-ala bosan kannn. Lagipun aku boring juga tengok halaman asmaraku eh maksudku halaman rumahku yang sepi tak berwarna-warni. Dulu masa baru-baru kawen, mak ada bagi dua pokok bunga, tapi sekarang satu sudah mamfusyyyy akibat 'kerajinan' aku menyiramnya. Tinggal satu lagi pokok yang begitu gigih terseksa hidup dengan tuannya yang sangat 'rajin' ini...hehehhee...
Juga mak aku telah menanam pokok helicornia kat depan rumahku, tapi aku yang memang berbakat menjadi gardener ini telah menjadikan helicornia itu begitu merimbun sehingga menyerupai hutan simpan. Ada meter air di celah-celahnya dan aku rasa pakcik yang ambil bacaan meter itu pasti menyumpah-nyumpah kerajinan aku merimbunkan helicornia itu hingga susah dia nak amik bacaan meter tersebut...ampun pakcikkkk....gegeggegeee...

Dan oleh kerana aku tertarik untuk menjadikan gardening ini sebagai hobi baru maka, aku telah mengheret mak aku ke nursery (yang pastinya mak aku memang hover suke ke sini) untuk membeli pokok bunga. Kalians pasti tertanya, kenapa tak rembat ajer dari kebun bunga mak aku tu?? Owhhh tidak...mak aku telah mengwarning aku agar tidak merembat pokoknya sebab aku dah mensia-siakan pemberiannya dulu, jadik kalo aku nak bercucuk tanam silalah beli sendiri supaya aku ada perasaan sayang nak biar pokok itu mamfusyyyy....huhuhuuu..mak aku kejamkahhhh??? Jadi aku pun telah membeli empat spesis pokok iaitu...Pokok Bunga Raya, Pokok Mahkota Berduri dan lagi dua spesis mintak mahap haku tak tau hape ntah nama dia..cuma yang pasti sangat shanteqsss pada pandangan mata rabunku ini...
Tu diaaaaaa...Pokok yang paling ujung dekat tembok kaler merah tu lah yang mak aku bagi dulu. Di sebelahnya pokok bunga raya, pokok unknown, pokok mahkota berduri dan pokok unknown lagi. Nampak shanteqs tersusun...:)
Aku juga telah membeli racun serangga bersama botol spraynya. Owhhh...Mak aku telah memberi ehsannya untuk mengsponsor baja bunga dan baja daun sebab dia ada banyak baja ini. Aku memang sangat excited sekarang. Aku berazam akan menjaga pokok-pokok ini btol-btol. Bila hubby balik nanti, pasti dia tersenyum senang melihat laman asmara kami berseri-seri. Dan bolehlah aku mengheretnya ke nursery nanti supaya dia pula boleh belikan pokok untuk aku lagi..hehehheheee...Pasti dia senang hati juga sebab akhirnya aku ada hobi yang berfaedah selain dari asyik berblogging & membaca novel. Tapi kalian jangan risau..daku tetap akan berblog. Ini hanyalah penambahan hobi sajer...

Okeh...ini...dengan bantuan emakku pekebun berjaya, maka telah dicantas helicornia yang merimbun laksana hutan simpan sebelumnya. Gambar sebelum dicantas tidaklah ku upload, ala-ala segan gittewwww...kihkihkihhhhh...

Jadi kaliansss....sila doakan aku berjaya dalam hobi baru aku nanti yer..terima kasih....

**UPDATE**
Pagi ni mak aku beritau yang dia dah semaikan anak pokok bunga melati (wangi tawww bunganya) dan juga nak beri aku pokok bunga tiga bulan (bunganya kaler biru). Dia suruh aku beli pasu ajer...ehheheheee...sian jugak mak aku kat aku yang baru nak mencintai alam hijau nih...psstttt...pasni bolehlah aku mengendeng2 bunga-bunga orkidnya yang berkembang biak ittewwww...geggegegeee..korang rasa ada can tak???? .... :p

Monday, January 19, 2009

EMO...

Kelmarin saya sangat EMO... Macammana saya nak tulis ye? Ok...Someone make fun of my LONELINESS..
Ye... semua pun tahu hubby saya tak ada bersama saya. Ya saya sunyi tanpa dia, siapapun akan rasa sunyi kalo ditinggalkan hubby lama-lama kan?? Tetapi apakah wajar kesunyian saya ini dipersendakan??? Tak perlu saya tuliskan kata-kata seseorang itu kepada saya, namun saya memang terguris dengan lawak senda gurauannya... (Jika ianya LAYAK digelar lawak).
Jika menurutnya dia hanya bergurau, dia mungkin patut belajar cara dan masa bila hendak bergurau. Gurauannya telah membuat saya menangis tanpa ketahuannya. Ya..saya sedih bila orang mempermainkan keseorangan saya ini. Apakah saya terlalu emosi??? Mungkin ada yang beranggapan begitu, namun saya percaya hanya orang yang mengalaminya sahaja tahu keadaannya bagaimana.

Dulu...seseorang pernah bertanya, tak sunyikah saya sering ditinggal suami? Saya mengaku tentulah sunyi, namun itu tugasnya..tugas seseorang yang telah menjadi suami saya, bapa kepada anak-anak saya. Tugasnya menuntut dia sering meninggalkan kami, dan semestinya saya redha. Suami saya pergi untuk mencari rezeki. Dan tahukah apa yang dibalasnya kepada saya???
"Ohhh..kalau saya, tak sanggup..biarlah duit tak banyak..yang penting suami tak tinggalkan saya..."
Saya terkedu...dan terguris dengan kata-katanya. Apakah saya rela ditinggal suami semata-mata hendak duit yang banyak???? Saya tidak memerlukan duit suami saya untuk berbelanja sesuka hati ye... Saya juga tidak pernah menyatakan kepada suami saya, pergilah tinggalkan saya supaya dia boleh memberi duit yang BANYAK kepada saya.
Mungkin saya tak perlu melayan manusia begini. Namun kerana saya juga manusia...saya punya hati yang mudah terguris... Saya memang emo kerana berjumpa dengan manusia sebegini.... :(

Friday, January 16, 2009

Obsesiku...

Baru-baru ini saya belikan CD Brainy Baby bertajuk ABC's Introducing The Alphabets. Saya juga membeli satu set buku My First Library Alphabet dari Educat Publisher. Kedua-duanya saya borong dari MPH Bookstore di City Square (satu-satunya MPH di JB okehhh...)
CD Brainy Baby itu sangat menarik. Harganya juga agak murah, dalam RM15 sahaja, lebih kurang harga CD Barney. Ia memperkenalkan alphabets, phonics and words dengan begitu interactive dan colorful. Menurut saya, it should be watch by the toddlers in learning progress. Bagi saya, CD ini berkesan untuk anak saya, Aina Suraya. Ini kerana sebelum ini saya telah cuba memperkenalkan huruf-huruf kepada Aina melalui buku dan flash cards tapi tidak berjaya kerana anak saya tidak boleh fokus terlalu lama. Biasanya dia lebih concern nak menyepahkan flash cards tersebut dari membaca bersama saya...huhuhuuu... Saya perhatikan Aina lebih fokus jika menonton televisyen (hasil dari pemantauan saya ketika dia menonton Barney, Baby Einsten, etc..). Jadi saya belikan CD ini. Dan jangkaan saya benar. Aina sangat fokus. Dia sudah boleh menyanyikan ABC dengan betul. Dan dia juga sudah mula mengenal huruf-huruf tersebut...Saya sangat gembira walaupun sekarang asyik gado-gado manje dengan Aina yang asik nak bukak CD "A, B, Ci" walaupun ketika saya nak menonton SpaQ ..hadoiiiii...kihkihkihhhhh....
Berkenaan set buku My First Library Alphabet pula, buku ini juga amat menarik. Set ini mempunyai 8 buah buku bersaiz comel. Setiap buah buku hanya memperkenalkan 3 huruf sahaja. Jadi kita hanya perlu memilih satu-satu buku untuk memperkenalkan huruf kepada anak. Setiap sesi pembelajaran, tak perlu kenalkan banyak, cukup 3 huruf. Kelebihan buku ini... it has chubby pages, easy to hold, fun to read, fun to learn, bright pictures and vibrant colours.
Namun, saya masih belum menggunakan buku ini sepenuhnya. Saya akan menggunakannya apabila Aina benar-benar sudah boleh menyebut A-Z hasil dari tontonannya melalui CD. Harga buku ini hanyalah RM29.90.
Sebenarnya baru-baru ini, saya bercadang hendak mencari satu learning program untuk Aina. Learning Program yang saya mahukan bukanlah pembelajaran semata. Tetapi lebih kepada belajar & bermain kerana peringkat usia Aina tidak sesuai untuk pembelajaran yang serius. Saya tidak mahu anak saya bosan apabila benar-benar tiba waktunya belajar. Tetapi sayangnya, di tempat saya tinggal tiada program sebegitu. Jadi, bermakna saya perlu mewujudkan program sebegitu di rumah kepada Aina.
Dan dengan itu, memang saya memerlukan tools untuk membantu saya. Selain dari dua benda di atas yang telah saya beli, saya juga telah menempah set Grolier. Set yang saya tempah ini mengandungi satu set buku dan dua set permainan minda.Set ini akan sampai insyaAllah minggu hadapan. Set ini akan saya ceritakan lebih lanjut nanti apabila ianya sudah sampai.
Saya perlu lebihkan masa untuk pembelajaran Aina di rumah. Masa saya berblogging dan berbloghopping juga terpaksa dikurangkan. Semoga saya mampu menanganinya. Owhhhh...saya mesti menanganinya dengan baik. Kalau saya boleh mendidik anak-anak di sekolah dengan jayanya, kenapa tidak anak sendiri kan??? Kalau saya boleh menangani lebih 30 orang anak kecil dalam satu sesi pembelajaran, mengapa tidak anak saya yang seorang ini kann??? Ianya suatu motivasi untuk saya. Setiap hari saya ceritakan kepada Mr Hubby melalui email tentang saya beli tu, saya beli ni, saya order itu dan ini untuk Aina. Ohh...Mr. Hubby pasti fenin dengan isterinya ini..namun baiknya dia kerana tetap memberi sokongan dari jauh. Kenapa saya terlalu obses?? Adakah kerana buat masa ini saya banyak masa terluang kerana tidak perlu memasak, mengemas dsb... Tapi yang pastinya, saya perlu mencapai azam saya untuk memastikan Aina boleh mengenal huruf dan nombor pada 2009 ini...insyaAllah...

Wednesday, January 7, 2009

Bila Berjauhan...

Bila berjauhan dengan Mr Hubby, apa yang paling aku sukai??? Walaupun berjauhan itu sangat menyedihkan, namun di sebaliknya ada kemanisan yang tak mungkin ku dapat jika selalu bersama-sama.

Bila berjauhan, suami akan sering mengirim email. Emailnya panjang, bercerita tentang dirinya dan keadaannya di sana. Juga dalam emailnya akan ada luahan rasa rindu dan sayang pada saya, yang mana begitu susah untuk didengar dari suamiku itu. Almaklum suamiku yang begitu suka kontrol macho, jarang benar nak dengar dia meluahkan perasaannya jika dekat denganku. Bila berjauhan begini, dari emailnya dapatlah dilihat gambaran perasaannya yang sebenar. Email yang panjang, terasa macam orang bercinta laaa pulak...hehheheheee... Kalau dekat-dekat, manalah dia nak meng'email' ku dengan panjang berjela. Aku sangat suka baca email darinya. Selalunya berkali-kali ku baca email itu. Dan bila berjauhan ini juga, bolehlah kuhantar email panjang berjela padanya. Berkisah tentang diriku dan anak-anak. Juga kadangkala bercerita tentang kisahku di sekolah. Di email yang panjang itu juga boleh kuselitkan rasa rindu dan sayangku padanya... Dan kemudian rasa tidak sabar menunggu dia membalas emailku itu... hahahhaaa....memang aku rasa macam tengah bercinta pulak..kemaruk setiap hari membuka email. Rasa hampa jika tiada email darinya...

Jadi sebenarnya...perpisahan itu ada juga manisnya....
Kawan-kawan sila tahan rasa nak muntah ittewww...memang mood blogging saya ketika berjauhan ini sentiasa berwarna merah jambu a.k.a jiwang...huhuhuhuuuu...

Wednesday, December 31, 2008

Far Away...

Akhirnya... Pagi ini jam 11 pagi, hubby dan teamnya telah berangkat ke Kelantan. Esok insyaAllah hubby akan ke offshore. Offshore maknanya...tiada talian handphone, maknanya tiada calling-calling mahupun sms atau mms jua. Hanyalah menunggu panggilan dari hubby dua tiga hari sekali...huhuhuuuuu...Daku hanya mendoakan keselamatan hubby di tengah lautan. Semoga segala kerja hubby dipermudahkan urusannya. Semoga hubby sihat-sihat selalu. Tau kah kalian...berjauhan itu sendiri sudah begitu mencabar maksudnya. Dapatkah kalian bayangkan apabila berjauhan dan tidak dapat kerap saling menghubungi? Setiap hari resah saja...tahu kerja si dia di tengah lautan bukanlah semudah di daratan. Di sana pastinya lebih risky ye kawan-kawan. Hanya doa yang mampu menenangkan jiwa. Apabila kedengaran suara Aizat mendendangkan lagu 'Hanya Kau Yang Mampu' dari handphoneku, apakah daku akan begitu teruja dan gembira menyambut deringan itu?? Tidak ye...risau jika bukan panggilan dari si dia, berdoa semoga yang memanggil itu memberikan khabar gembira sahaja...Aduhai....resahnya menghitung hari. Kalau boleh daku tidak mahu sedih-sedih bila hubby telefon. Tak mahu dia risau memikirkan isteri & anak-anak. Biarlah dia buat kerja dengan tenang dan penuh fokus.

Malam tadi sampai pukul 2am menemankan hubby mengemaskan pakaian yang hendak dibawa. Agak lewat mula mengemas kerana bawak Ainin berjumpa Paed nya untuk disuntik. Pagi tadi sedih juga kerana tidak dapat menghantar hubby ke terminal. Apakan daya, terpaksa ke sekolah. Sedih pula tengok hubby kiss Aina dan Ainin....huhuhuuuuu....
Hubby jangan risau, ibu akan jaga Aina & Ainin baik-baik...dan akan menjaga diri sendiri baik-baik juga. Kami akan tinggal di rumah mak sepanjang ketiadaan hubby, rasa lebih selamat tinggal bersama mak & ayah.
Gosh..I miss him now...it just 7 hours we've being apart...at least another 720 hours to go through without him....huhuhuuhuuuu....Paling cepat sebulan hubby akan pergi, mungkin juga boleh jadi lebih lama dari itu..

Semoga daku diberi ketabahan. Semoga tiada sebarang masalah sepanjang ketiadaan hubby. Ya Allah...Kau selamatkanlah perjalanan suamiku..Permudahkanlah segala urusannya. Kurniakanlah kesihatan ke atasnya. Lindungilah dia..semoga dia pergi dan kembali dalam keadaan yang selamat....Aminnnn.............

Backpacks, Helmet, Boots hubby semua dah tersandar tepi dinding menunggu saat keberangkatan.....Inilah projek platform yang hubby dan teamnya kerjakan. Menurut hubby, platform ni seluas dua padang bola sepak...besar tuuuuu...Ni gambar masa platform nak diangkut ke offshore Kelantan Sabtu lepas.

Hubby di hadapan platform setinggi lapan belas tingkat. Selalu turun naik platform ini namun belum slim jua hubby ku ini...uhuhhuuuuu....jangan marah ye hubby... tak slim pon ibu sayang okehhhhhhhhhhhh.......................;)

Hubby dan team gagak hitamnya (kekekkekeeeeeeee) sewaktu mengiringi pemergian platform.