Monday, April 20, 2009

Blog Baru..

Kawan-kawan... terima kasih sebab sudi terjah blog baru aku nih. Apa dah jadi dengan blog lama aku YangIni ??? Hmmm...dunno y.. setiap kali aku nak update entri baru ada jek masalahnya. Dan bila aku dah update... kat bog korang, tajuk entri baru aku tak appear pun, masih lagik tajuk lama (kalo korang perasanlahhhh...)

Jadi... aku mengambil keputusan untuk bikin blog baru tetapi mengimport semua hasil rapikan kerja aku dari blog lama. Almaklum... aku memang tak bulih lama-lama hidup tanpa blog nih... sunyi beb...huhuuuhuuuu

Address blog baru...
http://sayangibu-myprecious.blogspot.com/
Silalah jadik follower dan tempekkan address ini di sidebar blog korang yer...ahahhahaaa

Untuk address blog yang lama boleh laa korang gantikan dengan address blog yang baru ini okehhh

Thanks kalian.... :)


Saturday, April 18, 2009

Afundi Ainin.. ;p

Ahaaa... Kalian.. Sebagaimana entri YangIni , aku suka-suka masukkan Ainin kan dalam pertandingan baby contest anjuran Mama Aqish. Selain aku, Mommy Lina pun join untuk BabyFahry yang kiut tu... Jadi, kalian vote lah untuk baby kesukaan korang kat SINI. Ada ramaiiiiii sangat baby yang comel-comel join contest nih. Pemenang akan dipilih seorang dari baby girl dan seorang dari baby boy. Silalah afundi (Ainin & Fahry) yer.... ahaksss.......;p

Friday, April 17, 2009

Siapa Yang Layak?

Cikgu-cikgi yang terpilih biasanya akan dapat APC setiap tahun. APC = Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tu bukan laa kenaikan gaji. Tapi siapa yang dapat akan diberi RM 1k sebagai ganjaran perkhidmatannya yang dinilai CEMERLANG pada tahun itu oleh incik Guru Besar, yang kemudiannya akan dinilai pula oleh pihak PPD. Dulu... siapa dapat APC boleh menikmati lonjakan kenaikan tangga gaji. Tapi itu BOS BESAR (siapa itu???) sudah bijak... lebih baik bagi 1k, dari bagi lonjakan gaji, sebab..itu 1k skali bagi ajer, tapi lonjakan gaji..tetiap bulan sampai pencen kena bagi.Biasanya kan.. cikgu-cikgi yang baru berkhidmat toksah laa berharap sangat dapat APC nih. Yelah... kalo cikgu baru yang dapat...samada ko memang CEMERLANG tahap dewa-dewi (tak tau laa ada ke tak kes gini ekkk???) @ mungkin GB ko tu sayannngggggg giler dengan ko...hahahhaaa..... Tapi kalo memang ko yang baru dapat APC nih, alamat bernanah laa telinga ko dengan cacimaki sindiran manjer orang-orang lama.....kahkahkahhhhBiasanya, orang-orang lama..yang dah berkhidmat lebih 5 tahun yang akan dapat APC nih. Tapi kalo ko dah berkhidmat LEBIH 10 tahun pon tak pernah dapat...huhuhuuuu...sendirik mau ingatlah....Jadi, APC untuk tahun lepas dah diwar-warkan oleh GB bulan lepas, siapakah pemiliknya. Sekolah aku ada 4 orang yang bertuah. Dua lelaki, dua pompuan. Alhamdulillah murah rezeki... Eh... sebelum tu, aku nak bagitau..aku TAK dapat yer....ahhahahaaa....kalo aku dapat, boleh laa aku beli handbag baruYang aku nak kisahkan kat sini, telinga aku ni pun dah naik bernanah mendengarkan umpat-keji orang-orang yang dapat dan tak dapat nih. Dah sebulan lebih beb, APC tu diumumkan... takkan laaaaa tak abih-abih lagik korang nak bercerita KREDIBILITI orang yang dapat tu??? Derang tak puas hati bila cikgu lelaki yang dapat tu. Kononnya...yelah, cikgu-cikgu lelaki tu bukannya buat keje hape pun. Kononnya GB tu bias lah... suka sangat nak naikkan orang lelaki. Yelah...aku akui lah kan...dalam soal KERJA nih, memang cikgu-cikgi pompuan yang mendahului. Apa-apa tugasan yang beso memang lah cikgu pompuan yang dapat. Ingat lagi tahun lepas, berapa ramai cikgu pompuan yang preknen (termasuk aku) tapi dengan perut memboyot tu, tak kisah ke hulu-ke hilir buat keje..jalan macam lipas kudung...hahahhaaa...Tapi kan... bila di pikir-pikir balik, aku rasa...kot nak mengumpat-keji pun...sehari dua tu dah laaaaaaaa. Toksah laaa berpanjangan sampai ke hari ni pun aku masih bersantap dengan umpatan yang sama. Come on beb.....Aku rasa..daripada kita pening-pening kepala pikirkan APAKAH KERJA orang yang dapat APC itu, lebih baik kita pikirkan KENAPA kita yang konon-konon sangat berdedikasi buat kerja ni tak dapat. Muhasabah diri... di mana silap kita? Tak payah duk pikir..sapa sebenarnya yang layak. Esok-esok kalo korang jadik GB, barulah korang pening-pening pale pikir sape yang layak. Sekarang nih tak payah...terima jek laaa keputusan yang ada. Pada aku, itu.. REZEKI orang okeh. Mungkin dia tak banyak buat keje, tapi bila dia buat keje, dia IKHLAS nawaitunya. Tapi kita... yang banyak buat keje nih, terlupa nak ikhlaskan diri. Aku kan sejak KesIni, aku dah malas nak amik port. Tadi..bile dah habis dengo umpatan orang-orang itu, aku simpulkan kat derang..."alahhhhh...dah rezeki dia agaknya...rezeki kite lom sampai lagik..tahun nih kot..."sebelum mengundurkan diri.Aku terpikir...kalo lah aku yang dapat agaknya.... alamat bertambah laa PAHALA aku agaknya...kuikuikuiiiiiiii....Jadi kan...kesimpulannya di sini, setiap orang ada rezeki masing-masing. Kalo hari ni, orang lain yang dapat rezeki... kita tak dapat, redha sajalah. Mungkin belum masanya untuk kita. Perlu percaya rezeki itu kan anugerah Allah. Allah maha Adil..insyaAllah suatu masa nanti..rezeki kita akan sampai juga. Tak perlu kita dengki dengan rezeki yang bukan rezeki kita. Dengki, irihati itu kawan-kawan Syaitan. Jadi perlukah berkawan dengan Syaitan??? Muhasabah diri ye kawan-kawan... Pesanan dan ingatan untuk diri aku juga, Semoga tidak tergelincir dari landasan LRT pegangan hidup.... :)

Thursday, April 16, 2009

9 Orang Saje...

Pagi ni aku masuk kelas Tahun 2. Ahaaaa... ada 9 orang saja yang datang, lagi 21 orang tak hadir!!!!!!!!

Apakahhhh???????? Hehehheee.... jangan panik... keadaan ini memang dah dijangka dari minggu lepas. Sekolah agama berdekatan mengadakan majlis Maulidur Rasul pada sebelah pagi. Lebih dari separuh keseluruhan murid-murid sekolah ini yang bersekolah agama di sekolah tersebut. Jadi pastinya mereka berkobar-kobar nak ke sekolah agama lah kannn. Buat pertama kali, aku rasa sekolah aku nih sunyi je... Almaklum dari jumlah 448 orang murid, hanya SUKU sahaja yang hadir. Aku guru bertugas minggu ini. Masa bercakap kat perhimpunan pagi tadi pun...alahaiii....rasa macam bercakap dengan satu kelas sahaja..kuikuikuiii...

Hari ni, aku tak banyak kelas. Cuma kelas Sains tahun 2 nih, dengan kelas Pendidikan Moral yang memang muridnya cuma 2 orang...

Bila murid tak ramai macam ni, tidaklah cikgi mengajar.. bagi latihan topik lepas sajalah. Jadi bolehlah aku berblogging siapkan soalan Pra-UPSR yang belum siap lagi 2 set...ahahhahaa..

Wednesday, April 15, 2009

The Picture Of You...

Hari ni aku mengemas-ngemas fail-fail gambo yang tak berapa tersusun dalam hard disk aku nih.. Almaklum bile semuanya dah main digital nih, memang dah lama laa asik humban jek semua dalam folder 'my picture'. Dah lama jugak aku tak mencuci gambo... iskkk.. Nak juga cuci.. tapi kan.. Kalo cuci, macam terbiar sepi jek gambo-gambo tu dalam album kannn... Tapi kalo tak cuci tak ada kenangan terindah yang nyata dalam genggaman pulak...gegeggee... Macam gambo-gambo Aina yang aku cuci sikit dulu.. Bila nak tengok gambo, bukak laptop jugak... hehehee... Gambo Ainin sejak lahir belum ada yang ku cuci satu pun. Alaaa..macam Aina dulu pun, dah umo setahun baru ku cuci sampai beratus-ratus keping beb...huahuaahuaaa....

Dan dalam pada aku menyusun-nyusun gambo dalam folder tuh..aku terjumpa 3 keping gambo yang telah di touch-up oleh seorang teman tapi mesra ku. Gambo nih ala-ala paint lahhh. Tapi cantik okehhhh... Maksud aku bukan aku prasan cantik okehhh..kahkahkahhhhh...gambo nyer di edit cantik...;P Korang tengok laaa.......








Cantik takkk???????? Emmm... Korang...cuba korang teka baby cumil dalam gambo tu Aina Suraya kah atau Ainin Sofiya???? hehehehee..........

P/s..eh..korang nampak ke kesan paint tu??? Kalo tak nampak, klik kat picture kasik beso lah yer...:)


Tuesday, April 14, 2009

"Kenapa cikgu jadik CIKGU???"...

Ermmm...pagi tadi, ketika beramas mesra dengan anak-anak murid ku, aku telah ditanya, "Cikgu...kenapa cikgu jadik cikgu???"....
Ahahhahaaa... soalan yang membuat aku tersenyum panjang sebelum menjawab. Apa jawapan aku?? Semestinya jawapan yang memotivasikan anak-anak murid ku lahhhh...

Tapi...bila aku renungkan kembali soalan mudah itu.. sebenarnya terlalu berliku-liku perjalanan hidup aku sebelum aku mempasrahkan diri dalam arena pendidikan ini. Sesuatu yang ingin sekali aku kongsikan dengan kalian.

Kenapa aku menjadi seorang cikgu a.k.a guru. Yang pastinya ia bukanlah kerjaya pilihan sewaktu zaman persekolahanku dari kecik hingga beso. Masa kecik... bila ditanya tentang kerjaya pilihan...aku akan memberi jawapan tipikal anak-anak dari dulu hingga sekarang...
"Saya ingin menjadi... doktor... akauntan ....dannnnnn......" ahaaaa....aku pernah nak jadik pramugari okehhhh...dek kerana pengaruh cerita CHIAKI waktu itu... Yaaa...sila gelakkan aku...hahahhahaaa.....lihatlah pengaruh TV kepada anak-anak ya kaliannn...

Kemudian.. di universiti, aku mengambil jurusan Kimia Gunaan. Berhempas-pulas, lintang-pukang hingga mendapat degree..melayakkan aku menjadi seorang Ahli Nujum Kimia a.k.a Chemist. Kemudian 2 tahun lebih bergelumang dalam makmal mencipta BOM nak musnahkan bos kedekut..kahkahkahhhh di kilang elektronik dan juga kilang tepung... Kerja,kerja dan kerja... opis hour yang menyebalkan. Hujung minggu pun bantai ke kilang bila ada raw material baru masuk kilang sampai tak boleh p dating. Tension sebab keje lebih masa, overtime tak boleh claim...apakahhhhh????? Bila hidupku hanyalah untuk kilangku dan makmalku... maka aku mula memikirkan apakah aku akan sibuk macam nih kalo dah kawen nanti??? Macammana nak urus suami dan anak-anak??? Ditambah pula dengan rungutan AYAH yang setiap kali jemput aku balik kerja, mesti bising-bising aku bau 'chemical'. Dalam bising-bising itu, sibuk suruh aku mintak cikgu. Dek kerana influence dari ayah, ditambah dengan ketidaksanggupan aku untuk menjadi a very-the-busy-working-mom, maka aku mula berpikir-pikir untuk menjadi seorang CIKGU.

Dan akhirnya..aku berjaya mencelahkan diri di antara hampir 6000++ calon yang memohon waktu itu, untuk masuk ke maktab. Yaaa....harus ku akui, aku hipokrit ketika permulaan ingin menjadi seorang cikgu. Masa itu, hanya membayangkan...seronoknya kerja separuh hari, hujung minggu yang free dan cuti sekolah yang panjang di samping gaji dan elaun yang lumayan berbanding pendapatan masa bekerja kilang dengan jawatan gempak...Chemist..ahahhaaaa...

Namun...bila kedua-dua kaki sudah melangkah ke dunia pendidikan...persepsiku mula seratus-peratus berubah. Saat pertama kali menyanyikan lagu 'Kami Guru Malaysia' beramai-ramai sewaktu orientasi di maktab, bergenang air mataku, berdiri bulu romaku. Terasa besarnya tanggungjawab yang bakal ku pikul.

Dan apabila jawatan GURU itu sudah sah di tangan... Apabila pertama kali berkhidmat di sekolah, merenung bening mata anak-anak kecil yang dahagakan ilmu... ternyata jawapan aku untuk soalan "Kenapa aku menjadi Cikgu" sudah berubah. Bukan lagi kerana pesona kerja separuh hari, cuti sekolah yang panjang atau gaji yang lumayan....

Aku menyedari aku telah jatuh cinta pada kerjaya ini, apabila pertama kali dipanggil "Cikgu". Kerjaya guru menuntut komitmen yang tinggi juga pengorbanan yang besar, bukan hanya masa, tenaga malahan wang ringgit. Kami guru bukan hanya mengajar, tetapi mendidik anak-anak menjadi insan. Kalau pun tidak semua yang menjadi ,menteri, doktor, jurutera, akauntan atau ahli kimia... semoga mereka boleh menjadi INSAN yang teguh jati diri dan bertanggungjawab. Mengajar mungkin semudah ABC...tetapi mendidik tidak semudah itu...

Aku menjadi cikgu kerana aku ingin mendidik anak-anak bangsaku. Nampak patriotik sangatkah jawapan aku?? Memang patriotik...tapi itulah yang ada dalam hati dan jiwaku kini...Semoga niatku dipermudahkanNya.

Kalian... cuba fikirkan kenapa kalian menjadi apa yang kalian kerjakan sekarang??? ;)

Monday, April 13, 2009

Baby Cute Contest - From Blog MamaAqish


Apa yang menarik tentang Ainin Sofiya...
  • Ainin sangat murah dengan senyuman manjanya. Pantang orang senyum dan agah-agah dia, haaa...cepat jek dia respon sambil gelak-gelak manjer lagi...hahahaa...
  • Dalam usia menjelang 9 bulan ni, hobi Ainin yang paling UTAMA ialah 'bergantung' dengan ibu dek kerana ibu ada 'sesuatu' yang begitu yummmmyyyyy & sentiasa ada bila-bila, di mana jua....ahaksss...
  • Ainin dah pandai 'berkawan'... pastinya dengan si kakaknyalah..walopun asik kena sakat ajer, kakaknya tetap 'bespren' terhebat untuk Ainin..sungguh 'tabah' Ainin nihhhh....
  • Sekarang Ainin dah pandai respon bile orang sebut 'babai'...dia akan buat-buat melambai manjer tangan cumilnya ittew. Juga bila orang nyanyi lagu tepuk amai-amai...dia akan buat-buat nak tepuk tangan....bijakkk anak ibu nihhh...
  • Hahhhh...Ainin bulih panggil "ABBBAAAHHHHHH" sekali-sekala...tapi macam biasa (seperti kakaknya) tidaklah dia memanggil "IBU"..tetapi suka-suki digantikan dengan panggilan "MAMMMAAAA" laaa pulakkkk....huahuahuaaaa....
  • Owhhhh..Ainin memang terlalu MENARIK hingga kalo nak dikisahkan kesemuanya, alamat terlalu panjang berjela lah entri ini...yang pasti... anakku Ainin Sofiya memang sangat menarik di mataku (dan di mata anda semua kan..kan...kannnn...)

Kenapa Ainin Sofiya layak untuk menang???

  • Ahaaa...semestinyalah Ainin Sofiya paling LAYAK untuk menang sebab.... ini kan "Baby Cute Contest"...dan Ainin kan sangatttt CUTE... dan dia juga sangat menarik...maka selayaknyalah dia memenangi ini contest... ahahhhaaa...
  • Ermmmm.... Ainin Sofiya juga layak untuk menang, sebab dialah calon baby comel yang paling sesuai untuk dapat tight yang sangat comel menawan ittew....:)

Syarat-Syarat & Checklist Untuk Baby Cute Contest...

1. Add @ Link MamaAqish di blogroll/bloglist anda. ----> DONE!!!
2. Anda diWajibkan untuk menjadi Follower MamaAqish -----> DONE!!!
3. Gambar yang dihantar mestilah merupakan gambar Baby anda yang Latest sekali.... --->DONE

4. Sila hantar hanya sekeping gambar sahaja.... ---> DONE
5. Sila nyatakan ape yang menarik tentang anak anda & mengapa dia layak menjadi pemenang baby cute contest??? ---> DONE
6. Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ini beserta dengan email address. Untuk pemilihan pemenang nanti... ----> DONE
7. Gambar kesemua baby yang masuk contest berkenaan akan di paparkan pada BlogIni.
8. Hadiah untuk pemenang ialah sehelai tight yang boleh dipilih sendiri dari website http://tightforbaby.blogspot.com/ & hadiah akan dihantar melalui pos sampai ke depan pintu rumah @ pejabat...
9. Pemenang akan diadili oleh hakim yang berpengalaman & keputusan adalah muktamad sebarang surat menyurat tidak akan dilayan....
Dan yang paling penting sekali, sila lengkapkan butir2 berikut:
1) Baby Name 2) Age 3) Mothers' name 4) Add & no phone ( easier for me to contact ) -------> DONE

*** Many thanks to SitiLina, sebab kerana setelah menerjah ke blognya lah, ku tahu ada ini contest... :)

*** Ermmm...kalian...sila jangan muntah kerana ku memuji anak sendiri tinggi melangit tak hengat yer...adapun ini untuk penyertaan contest...ahahhahaaa..

Saturday, April 11, 2009

Baju Kurung Pahang...

Disebabkan ada yang bertanyakan macammana rupa baju kurung pahang nih. Maka aku pun dengan berbesar hatinya, menempekkan lah rupa baju kurung favourite aku nih. Ermmm...tapi ini bukanlah gambo baju aku ye. Adapun, aku carik guna google image sebab lebih jelas gambonye.
Nilah dia baju kurung pahang. Atau ada yang panggil baju kurung riau atau baju kurung pesak gantung. Bezanya dengan baju kurung biasa, sebab ianya ada potongan sikit. Dan pesaknya juga bukan macam baju kurung biasa. Pesaknya orang panggil 'pesak gantung'.

Perhatikan potongan baju tersebut. Pesaknya berbeza kan? Dan bahagian bawah baju, potongannya kembang sikit. Kalo aku, memang suka potongan yang macam ni. Kembang di bahagian bawah.

Sebenarnya kan, baju kurung pesen ni macam baju kurung orang dolu-dolu. Zaman mak aku dulu memang pesen nih laaa bajunya selain dari kebaya ketat. Ada orang yang suka lehernya ala-ala leher cheongsam. Tapi, aku tak suka sebab..pakai tudung, bukannya nampak pun leher tu kannnn..buat panas tercekik jer...hahahhahaaa...

Okeh..untuk yang pandai menjahit...aku tolong carikkan gambo pola baju kurung ni...


Bolehlah korang yang pandai menjahit, DIY baju kurung nih kannnn... Selamat mencuba. Oh ya... untuk yang tak pandai menjahit macam aku nih, bolehlah tempah kat tailor korang..kalo berkenan....;)

Tak Kuasa...

Aku sebenarnya tak kuasa nak buat n3 hari ni. Hajat di hati, nak jengah-jengah blog orang ajer. Lagipun tak ada cerita hangat yang nak dikongsikan. Konon-konon, nak carik-carik portal yang ada soalan-soalan Sains Tahun 6. Aku nih gigih nak menyiapkan soalan pra-UPSR untuk persediaan murid-murid menghadapi UPSR nanti. Lepas cuti bulan 6 nanti, murid-murid tahun 6 setiap minggu buat ujian pra-UPSR ni, sampailah bulan 9. Kena sediakan 4 set soalan, cikgu sorang lagi buat lagi 4 set. Nak je copy-paste past years questions, tapi mak nih memang ada masalah tak suka repeat balik soalan yang dah pernah dibuat. Nak jugak buat yang baru. Walopun yang baru tu pun hasil pilih-gabung soalan-soalan dari pelbagai buku latihan komersial. Tapi kan, tadi bongkar punya bongkar, jumpa CD lama masa pergi bengkel Sains entah bila entah. Dalamnya ada contoh-contoh soalan. Alhamdulillah, bolehlah aku pilih-pilih yang mana sesuai. Soalan-soalan kena pulak buat dwi-bahasa. Jadi sampai merenglah tersengguk-sengguk kepala aku nak mengtransalate satu-persatu bijik butir perkataan....huahuahuaaaa.... Tak ada ke cikgu darjah 6 yang terbaca blog aku nih secara sengaja atau tak sengaja??? Kalo ada, janganlah segan...marilah kita bertukar-tukar soalan secara paksa relahati.

Hari ni aku bersekolah tawwww.... Ganti untuk cuti hari raya nanti. Tempat lain, aku tak tau laa dah start ganti ke belum. Tapi daerah Pasir Gudang memang dah mula mengganti. Sungguh semangat raya kannnn...hhahahaaa...tapi bagus juga, kalo tak nanti jadik tahun lepas, bulan pose baru sibuk nak mengganti. Penat sehhhhh..... Bila dah start cuti raya..aku mula terbayang-bayang, berapa pasang baju raya aku nak tempah orang buat. Korang tau, tahun lepas secara tak sengaja aku ada 8 pasang baju raya hokehhhhhh.... Tapi sila jangan heran, cikgu memang macam nih...;p
Ni pun, aku dah ada 4 pasang kain yang belum berjahit. Sepasang aku kirim kawan aku beli kat Kelantan. Sepasang aku terbeli masa Gulati's buat sale gilerbabas aritu. Sepasang dapat hadiah AJK PIBG masa mesyuarat agung PIBG aritu. Dan sepasang mak mertua aku belikan masa p Dubai, yang nih sama kaler dengan kain baju melayu laki aku..memang purposely untuk buat rayalah, cuma yang aku tak puas ati sebab dia beli kaler ijau..dah laa tahun lepas kami sefamily pakai ijau..tahun ni ijau lagikahhhhh....huhuhuuuu..layan jek laa kan, orang dah beli...:)
Jadi keempat-empatnya aku memang rasa buat untuk raya jek laaaaa. Samada aku akan membeli lagi atau tidak, tak dapat dipastikan...

Sekarang ni kan, aku memang tengah giler baju kurung pahang. Tak tau kenapa, tapi sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat. Bila aku tempah baju lately nih, memang pesen tu jek laaa yang aku tempah. Nak tempah kebaya, macam malu-malu kucing gitu. Sebab mengenangkan saiz dada yang makin mantoppp dan juga b.a.b.a.t yang makin melimpah-ruah macam tak syok je pakai kebaya kalo p skolah ...hahahhaaa... Aku kan, baru jumpa sorang tailor baru. Dah 3 pasang baju kurung pahang yang aku tempah dengan dia. Memang puas hati. Jahitannya sangat kemas dan selesa. Harga pun kira murah laaaa berbanding dengan tailor aku sebelum ni. Kalo baju kurung pahang, RM 33. Baju kurung biasa, RM28 sahaja. Dan yang penting dia orang Melayu. Tailor aku dulu C***. Tailor dulu amik baju kurung pahang RM40 sepasang. Baju biasa RM30++. Kawan-kawan aku pun siap tegur katner aku tempah baju, sebab nampak cantik..;)

Aku nih memang rasa cam tak ada idea nak berN3...tapi dalam pada tak ada idea...agak banyak jugak yang aku bebelkan..kan..kan...kannnnn???? kihkihkihhhhhh.............


Friday, April 10, 2009

1st Time I Saw You...My Love...

Rule #1:

Letakkan Gambar Anak yg baru lahir. Gambar kalo boleh mestilah gambar yang masih dalam wad, maknanya gambar anak hari PERTAMA..


Ini puteri sulung saya...Aina Suraya Bte Shamsul.... Gambar pertamanya dalam wad, dalam labour room takleh amik, sebab kat GH kannnn...:)




Ni pula puteri kedua saya..Ainin Sofiya Bte Shamsul. Gambar ni, freshly outside my womb. Perhatikan segalanya masih mengerekot youuuu...kepalanya lonjong sebab kena vacuum..hehe

Rule #2:

Letakkan butir ini :

First Precious...

Nama penuh : Aina Suraya Bte Shamsul

Nama Panggilan : Aina/Kakak

Jantina : Perempuan

Tarikh Lahir : 13 November 2006

Tempat Lahir : Hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru

Berat Lahir : 3.16kg

Cara Kelahiran : Normal-Breech

Second Precious

Nama penuh : Ainin Sofiya Bte Shamsul

Nama Panggilan : Ainin/Adik

Jantina : Perempuan

Tarikh Lahir : 18 Julai 2008

Tempat Lahir : Hospital Penawar, Pasir Gudang

Berat Lahir : 3.14kg

Cara Kelahiran : Normal-Vacuum

Rule #3:

apakah harapan korang pada anak ini..

Harapan untuk kedua-duanya, pastilah supaya menjadi anak yang bijak, beriman, hormatkan orang tua..dan segala harapan yang baik-baik untuk Aina dan Ainin...Aminnnnnn

dan korang nak anak ini jadi apa besar nanti... dan KENAPA..?

Jadi apa???? Ibu tak menentukan apa yang Aina dan Ainin nak jadi nanti, cuma harapannya biarlah mereka memilih masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang..insyaAllah

Rule terakhir....

Mau tag siapaaaa???

Silalah buat....

Rozamimie

Ely

Cik Yan

Cik Fid

Mummy Dasy

Mama Zety



****Sekian terima kasih.....


Kami

Ditagging oleh.... Ely...Thanks dear....

Terangkan maksud gambar itu.
Maksud gambar?? Gambar itu bermaksud.... My Beloved Family....

Kenapa pilih gambar itu?
Sangat sukak kerana all My Precious are here!!!!...

Nak tag siapa??
Ermmmmm...siapa yer???
- Umi Sufira
- Mummy Dasy
- Lady Ell
- Mama Aqeelah




Kipas Bos????

Anda kaki kipas??? Owhhh..mungkin tak kipas, pasang air-cond keliling bos ajer....ahahhaaa..apa-apa ajer lah...janji maksud nya sama. So..sapa kaki kipas/air-cond...sila angkat tangannnnn..............

Apakah aku kaki kipas??? Aku bukan kaki kipas...pada perasaan akulah.
Tapi aku buat keje aku betul-betul, bile bos bagi keje, aku buat on-time dan as requested. Aku soft-spoken dengan bos. Sebab...dia bos, dan dia orang tua...sebaya bapak aku..wajiblah aku hormat seperti aku menghormati bapak aku kan...
Aku prasan Bos suka aku. Eh bukan....bukan suka aku. Aku perhatikan, bos aku suka bawahannya yang menghormati dia. Dia pernah berkata kepada aku, tidak perlu hormati dia sebagai ketua pun tak apa, tapi hormatilah dia sebagai orang tua. Apa masalah kerja, bawa berbincang dengan dia...insyaAllah akan diberi penyelesaian.

Tak puas hati dengan bos???? Pendapat aku, selagi jadik orang bawahan...terpaksalah mengadaptasikan diri dengan bos. Jangan harap bos adaptasikan diri dengan kita. Lain bos, lain perangainya. Setakat ni, aku dah berkhidmat bersama 3 orang bos... 2 perempuan, 1 lelaki. Memang masing-masing ada pembawakannya tersendiri...loratnya sendiri...kepoyoannya sendiri. Dan kalo aku nak layan kemenyampahan aku dengan bos-bos itu, maka keje aku yang akan terjejas. Aku malas nak layan. Dari duk asik pikir pasal rasa tak puas hati dengan bos, baik aku pikir bagaimana nak sesuaikan diri dengan cara kerja bos aku. Sekurang-kurangnya aku boleh bekerja dengan aman....

Lagipun, pikirkan....apakah bila esok-esok kita jadik bos, bawahan kita akan suka dengan cara kerja kita?? dengan kepoyoan kita?? Aku gerenti tidakkk.....
Bilalah aku nak jadik bos???? Hahahahhahaaaa....

Ini kemerapuan aku hari ini. Kalo setuju,layan...tak setuju pun layannnn jek laaa merapu aku nihhhhh...no offense yerrrr.....;p

Thursday, April 9, 2009

Lepak Kopitiam...

Orang Pompuan...
- tak boleh tinggal anak lama-lama kat umah, kalo jalan ke..hang out ngan kawan ke...apekejadah ke... even balik dari kerja pun, mesti nak blk cepat-cepat..sebab teringat anak laaa...laki nak makan laaa....umah tak kemas....kain baju lom basuh/lipat...etc..etc...etc..semua nak pikir okeh.....
- bila cuti, cuti dari pegi keje jek.... kat umah tak cuti... masak..servis umah..layan anak-anak...layan laki.... kalo boleh nak lepak umah seharian je sebab memikirkan segala mende yang tak habis-habis nak dibuat...sudahnya...dah malam baru boleh rehat...

Orang Laki...
- tak kisah tinggal anak lama-lama kat umah, boleh jalan-jalan, lepak-lepak ngan member, tak yah pikir nak balik keje cepat, sebab bini kan ada kat umah kan..kan..kannnnn....
- bila cuti, cuti btol-btol lah kan...apa nak pikir....lagi best, sebab boleh lepak kat kopitiam lama-lama, ikut suka....

Wednesday, April 8, 2009

Benarlah....


Semalam aku membuat entri berkenaan EBM yang lumayan hasilnya. Dan aku tertanya-tanya tentang penyebabnya yang tidak dapat aku pastikan. Kalian juga pastinya ingin mengetahui sebab-musababnya kannn.... Bagi membuktikan hipotesis aku
---> "Makan bende boleh merangsang production BM", maka semalam aku telah masukkan bende dalam asam pedas ikan parang yang ku masak. Banyak jugak aku masukkan sampai Mr H kompius, ini asam pedas ikan parangkah atau asam pedas bende??? kahkahkahhhhhh.... Aku perabihkan banyak jugak bende itu, bagi kat hubby sebatang aje....;p
Jadi pagi ini, memang terasa kelainannya okehhh.... my B engorged semacam aje. Sama dengan rasa masa yang aku pam dapat 10oz tu. Tapi sebab hari ni, aku bercuti kerana (Semua Rakyat Johor sedang bercuti...) maka aku tidak mengepam. Tetapi, aku dapati...Ainin minum sampai dia pun ala-ala kelemasan gittew....hehehheheee....
Maka tepat jam 1.25pm ini aku ingin membuat kesimpulan... "Terbukti kepada aku, bahawa makan bende telah merangsang production BM ku"...
Kalian boleh lah cuba.
Emmm..tambah sikit...aku memang sebelum nih tak suka sayur bende nih. Tapi entah nape aritu terasa nak makan asam pedas letak bende, so aku beli. Aku rasa, bende celur saja pun sedap, tapi kena lah cicah dengan air asam. Macam mana korang buat air asam???
Kalo style aku,
- bakar sikit belacan
- tumbuk dengan sebiji dua lada merah
- perah air asam
- campur gula secukup rasa
- hiris-hiris bawang besar dan cili padi
- campur dengan air asam tadi
- perahkan limau
- siapppp...
nyamnyammmmm..memang sedap beb....;p


Tuesday, April 7, 2009

Heaven...

Aku amat merasa jakun heaven dengan diri sendiri hari ini. Apapun perasaan ini membuatkan aku merasa berbunga-bunga sepanjang hari ini... Ahaaa...apakah dia???? Ini..............

**

**

***





Owhhh...kenapa dapat EBM 10oz pun nak jakun heaven???? Kerana...macam nih ceritanya...

Hari ini, sejak pagi aku dah rasa B engorged semacam. Tak boleh nak pam awal, sebab ada kelas. Then pukul 9 pagi, aku dah cepat-cepat ke port pengepaman aku sebab tak boleh tahan dengan my left B yang engorged semacam. Hari ni aku buat single pumping ajer, sebab pam sebelah lagik boleh lupa nak masuk dalam beg...uhuhuhuuuu. Lagipun, pagi-pagi tadi Ainin dah kosongkan right B.. jadik tak engorged lah. Then pam punya pam, memang macam air paip beb...banyak giler... dalam 10 minit jek dah full sebotol (5oz). Aku transfer, dan pam lagik...dapat lagi 5 oz. Untuk sebelah breast saja okehhhhh.... Memang aku excited sehhhh..sebab sebelum nih, biasanya, sebelah B aku leh achieved dalam 5-6oz jer. Ini...10 oz???? Apa yang aku makan malam tadi?? Oh...takde apa yang menarik pun. Malam tadi aku masak paling cikai..cuma ikan bakar, celur bende dan buat air asam. Hajat hati nak goreng cendawan (sebab tergoda dengan entri MN) pun tak buat, sebab balik meeting lambat gilors. Pagi-pagi tadi... nak minum oat + horlicks pun tak sempat, cuma telan fenugreek je macam biasa...

Jadi....apakah meratah sayur bende memberi kesan pada production BM ku???? Owhhhh...yekah???? Aku nak try hari ni lagi, masuk bende dalam asam pedas...betulkah ada efek....Atau kalian pernahkah merasai bende memberi kesan kepada BM anda???? Let see nanti...

Monday, April 6, 2009

My Precious 31...

Apakah My Precious 31 itu??? Sudah pasti bukanlah angka yang menunjukkan pertambahan umur kerana my birthday is not around the corner yet..juga 31 itu bukan umur saya ini tahun, I'm not reached that stage yet...ahahahaaa....

Tetapi.... 31 itu merujuk kepada...My Followers yang ada di side bar blog saya ini.

Maka...to all my 31 followers...ahakssss....you are my precious...Thank you very much for adding me into the 'Blog I Follow'... Love u ollssss.....mmmuuuaaahhhhsssss.......


Friday, April 3, 2009

My Unforgettable Memories With Mr.C...

Sejak pegnant Aina, aku telah mengambil inisiatif sendiri untuk sedaya-upaya tidak mengambil caffein a.k.a Mr. C seperti kopi, nescafe dan teh cuma iceblended cappuccino jek kadang-kadang takleh handle. Ianya berterusan apabila aku BF Aina, kemudian preggie lagik, dan hinggalah kini kerana aku BF Ainin pula.

Hari ini aku mengimbas kenangan lalu ku yang penuh ranjau berduri bersama Mr. C ini. Ku pikir-pikir, maknanya sudah 3 tahun ++ aku clash dengan Mr. C. Dulu...masa zaman aku study maut, Mr.C dan aku memang tak dapat dipisahkan...bagai aur dan tebing, bagai romeo dan juliet.. setiap kali aku pulun nak study last minit atau siapkan assignment pun last minit jugak, dialah yang setia menemaniku. Satu tumbler penuh sentiasa ada dengan aku. Sampai bau urine pun dah bau nescafe okehhhhh.....

Aku memang merasakan I can't live without u...Mr.C, but amazingly....I'm able to avoid it just because the sake of the living thing in me...huhuhuuuuu....Bravo...bravoooo...

Sampai sekarang, memang aku masih menjauhkan diri darinya sedaya upaya. Kalo minum pun, just a sip lah. Yeah kan, kalo p umah orang, orang hidang kopi, tak kan nak ngade-ngade pulak kan...minumlah seteguk dua juga. Tapi bila balik umah mak mertua aku....kopi kampung memang minuman wajib. Korang tau laaaa aroma kopi kampung yang membuatkan hidung aku kembang kempis menahan nafsu. Aku minum juga seteguk dua. Kadangkala sebagai award to myself, dalam sebulan aku akan minum sekali variasi Mr C ini. Tak kisahlah ice-blended ke, kopi 'o' ke, nes ais ke...pokoknya...minum betul-betul bukan seteguk dua.....hahahaaa...

Kenapa aku beria-ia mengelak dari Mr.C?? Walhal bukan tak boleh kan..cuma tidak digalakkan saja... Kerana aku memang menjaga pemakanan anak-anak aku selagi dia kecil. Anak-anak aku tak boleh makan jajan, ganti jajan aku bagi kismis. Anak-anak aku masa baby tak makan garam, minyak, jadi aku bersusah-payah masakkan bubur untuk dia atau nasi dan lauk khusus untuk dia sampai usia 2 tahun. Dan macam-macam lagilah....Poyo jek aku nihhhh??? Anak-anak aku, suka hati aku lah kannn...hahahaaaaaaaa............

Jadi kalian...adakah kalian pun macam aku??? Atau kalo tak macam aku...no offense lahhhh....jangan berkecil hati pula yer dengan n3 aku ini....:)

Thursday, April 2, 2009

Pada Mu Ku Bersujud...


Owhhhh..u'ollsss...I am so touched.... Aina rupa-rupanya memang gigih ikut tok maknya bersolat bila ada kat umah tok maknya. Siap mintak tok mak sarungkan tudung (tapi pakai suor pendek..ahaksss) dan siap berstokin bagai...;p
Biasanya kalo kat umah, tak de pulak dia suruh aku sarungkan tudung bagai, just follow je pergerakan solat yang aku buat.
Bila tengok gambo-gambo ni, aku trus call Mr Hubby, cerita kisah Aina nih. And we decided to buy her telekong nanti, so that dia boleh betul-betul follow solat setiap kali solat. Yelah... nampak keinginan dia bersolat bersama-sama tu begitu optimum, aku rasa perlu diencouragekan ye tak???
Aina...Aina...semoga menjadi anak yang taat pada suruhan dan larangan Allah...aminnnnnn....
**Abaikan gambo yang gelap dan tak berapa nak clear tu,almaklum pakai henpon ajer...;p

Wednesday, April 1, 2009

Hajaba? Munawwarah? Ariani???...

Yang mana satu..idaman qalbu???






Hajaba????................


Munawwarah???..............





Ariani???............


Alkisah aku dah memiliki ketiga-tiga jenis tudung tersebut. Testimoni??? Aku sukakan kesemuanya....heheheeee... Kenapa???

Hajaba - mudah, kemas dan selesa.
- ada di Johor
- Tetapi agak mahal juga... yang pendek RM70, panjang RM80

Munawwarah - mudah, kemas dan selesa (except tudung belah tengah - tak berapa mudah)
- banyak pilihan fesyen
- tak ada di Johor, so susah nak beli lorrrrr...
- harga bervariasi.. tudung pendek masih murah lagi berbanding Hajaba...
owning sama kaler RM60, owning lain kaler RM65

Ariani - mudah, kemas dan selesa
- banyak pilihan fesyen dan warna
- baru dibuka di Johor
- harga??? ermmm...kalo lycra pendek macam yang aku pakai tu, owning sama RM55,
lepas diskaun RM52. Kalo owning lain lebih mahal dari Munaww, RM70.
Dan lain-lain pesen glam macam Ekin pakai tu, yang berlabuci bagai memang mahal.
(Jumaat lepas aku terjah Ariani dengan kak sue kawanku dari Kota Tinggi, aku
dapat laaa rembat selai untuk testing...heheheeee)

Maka itulah testimoniku. Kalian suka tengok aku pakai yang mana yaaaaa?????

** Tambah sikit..material ketiga-tiganya lebih kurang sama... sangat selesa dipakai... aku memang jatuh cinta dengan ketiga-tiganya...playgirlkah aku??? kihkihkihhhhhhh........


Tuesday, March 31, 2009

Pesalah Juvana In The Making...

Aku sangat kecewa hari ini. Aku rasa minggu ni minggu frust untuk aku. Kalo semalam aku kecewa dengan manusia dewasa, hari ini dengan manusia kecil...anak-anak muridku.

Hari ini, aku duk wat hal sendiri kat bilik PPSMI. Malas nak berkuntau kat bilik guru, nanti ada lak yang tak senang hati kan tengok aku. Aku duk menyiapkan fail induk PEKA, prepare untuk pemantauan minggu depan.

Dalam pukul 12pm, aku tinggalkan semua kerja aku, bersama-sama dengan laptop di dalam begnya kat bilik tu sebab aku ada kelas muzik di tahun 6 mak ajar muzik tawww....ala-ala cikgu siti hajar nihhh...kuikuikuiiiii...

Selepas melatih vokal anak murid bagi kerja sikit, aku pun turun laa balik kat bilik tu,ingat nak amik laptop dan fail tu, siap ajak sorang anak murid aku tolong aku nih. Tapiiiiii.....laptop aku tak ada dalam beg..tinggal beg sahaja hokehhhhh.

Aku kontrol macho lagi sebab ingat sorang cikgu BM tu pinjam walopun hati aku berkata-kata apakah kaitan nak pakai laptop kerajaan yang aku pinjam nih??? Sebab laptop yang aku pakai ni memang tak digunakpakai oleh orang lain,coz aku menjaganya dari serangan virus disebabkan data-data penting yang ada dalam laptop ni.

Segeralah aku call cikgu tu,tanya kalo-kalo dia pinjam. Tapi negatif. Oww ohhhh...siapakahhhhh???? Apa lagi, aku pun berkeliling ke serata sekolah bertanya semua guru siapa yang nak buat pre-april fool kat aku hari nih. Sebelum aku maki hamun, baiklah pulangkan. Tapi nyata, tak ada sapa yang nak buat lawak bangang macam tu. Jam dah pukul 12.45, 15 minit lagi nak balik nih. Okeh.. Cikgu-cikgu lain dah mula tahan kelas masing-masing buat sport check untuk murid tahap dua. Tak mungkin lah budak darjah 1, 2, 3 yang buat kannn.

Tak ada bebbbbbbb.... Aku dah mengalir airmata nih. Hilang laptop dah satu hal. Segala data penting yang P&C kat dalam tu??? Owhhhhh..... sapa nak backup balik beb???

Tiba-tiba, GPK HEM yang standby kat tepi pagar untuk tengok budak balik, melambai kat aku. Alkisah, seorang anak murid aku p toilet. Dia jumpa laptop aku di sebalik pintu toilet, elok je terletak atas lantai. Dia amik dan bagi GPK tu.

See...anak murid sekolah rendah dah berani okehhhh...ambil barang guru, dalam beg pulak tu. Kami dah ada nama beberapa orang yang disyaki. Esok akan diambil tindakan. Aku kecewa mengenangkan sikap anak murid yang masih mentah ini. Kalau dibiarkan pasti menjadi p*jenayah kelak... Aduhaiiii...

Monday, March 30, 2009

Mulut Manis...

Kenapa mulut manis, hati menyimpan hasad dengki dan sakit hati? Di depan, cakap bukan main baik lagi, tapi di belakang tak puas hati rupanya.

Aku bila bersahabat, akan setia menyokong sahabat dalam susah dan senang. Aku tak mungkin memburukkan apatah lagi mengadu domba perihal sahabat ku kepada orang lain. Jika aku tak puas hati, aku akan berterus-terang dengan kata-kata yang terbaik supaya tidak mengguris hati. Dan aku mengharapkan perkara yang sama bila bersahabat. Tapi rupanya, dalam usia aku menjelang 30-an ini, aku masih silap dalam menilai suatu persahabatan.

Dan sekarang aku memahami, susahnya nak mencari sahabat sejati.

Dan sekarang juga aku lebih memahami, indahnya persahabatan di alam maya. Biarpun tidak bersua muka...keikhlasan lebih nyata.

Buat kawan-kawan yang telah memujuk hatiku yang lara dalam entri sebelum ini, CY, Ely, Mimie, As, Sha, Kak Iena, Nieta, Zety and Mrs Noba....terima kasih kuucapkan. Semoga persahabatan di alam maya kita ini lebih telus dan ikhlas............

Hipokrit...

Aku benci manusia hipokrit. Hari ini kemuncak perasan stress dan sedih aku. Sepanjang minggu lepas, telinga aku ni dah naik sebu di sindir-sindir oleh manusia-manusia hipokrit.

Aku... di sekolah ni, seorang Guru Data. Masa mengajar aku 21 waktu seminggu (dah dikira banyak gak, patutnya cuma 16 sahaja). Masa aku memang sikit nak dibandingkan dengan cikgu-cikgu lain yang mencecxah sampai 36 waktu seminggu. Tapi keistimewaan aku ini adalah kerana aku dibebankan dengan pelbagai tugasan lain yang aku rasa pernah aku kisahkan dalam n3 terdahulu. Jadi soal masa aku yang sikit ni, memang tak patut jadi hal dibandingkan dengan tugas-tugas aku yang lain. Selain dari guru data, aku pegang jawatan Ketua Panitia, yang menuntut aku update segala kejadah yang memang menyimpang dari tugas utama aku..MENGAJAR.

Baru-baru ni, ada seorang umat tu,diberi tugasan. Yang memang menjadi tugas dia sejak dulu lagi. Aku tau dia stress sebab bagi dia kerja dia menambun, waktu mengajar dia banyak. Tak macam aku. Dan aku tak paham nape dia nak sakitkan aku yang masa mengajar sikit ni tapi keje aku menambun jugak. Cumanya aku tak p heboh-hebohkan keje aku banyak. Aku tiptop bab pengurusan masa. Aku uruskan masa aku sebaiknya supaya aku tak stuck dengan segala kerja aku. Jadi mungkin orang nampak aku sangat senang hati sebab banyak masa free.. boleh oo laaa laaa...sampai boleh p mengepam susu dengan senang hati. Dan bermulalah episod sindir-menyindir aku, yang pada mulanya aku IGNORE kan saja. Tapi bila dah menyentuh bab-bab pam susu nih (macam fid kata, orang BF nih memang pantang diusik..wenggg!!!!). Jadi aku memang tak tahan.

Hari ni aku dapat perkhabaran, umat-umat itu telah mengadu domba rasa tak puas hati terhadap aku kepada guru besar. Owhhhh...giler kannn?? Tapi itulah, guru besar tetap menyebelahi aku, kerana di matanya aku memang seorang yang punctual, cekap membuat kerja dan tak pernah menolak kerja yang diberikan. Aku bernasib baik kerana itu. Kalo tak pastilah kerja mengepam aku terpaksa aku hentikan. Hari ini, aku pening kepala..sebab dari tadi menangis tak henti. Aku menaip sambil meleleh airmata. Aku dah menangis tak hingat depan guru besar meluahkan rasa stress aku terhadap persekitaran kerja aku ni. Guru besar banyak menasihat danmenenangkan aku. Dia tau aku tak salah..Alhamdulillah.

Dan yang aku sangat sedihkan ialah...kerana umat-umat itu adalah manusia yang kuanggap sahabat baikku. Tidakkah hipokrit mereka itu??? Owhhhhh..aku sangat sedih dan stress....





Friday, March 27, 2009

Supportive...

Kalian... Aku diajak berbincang oleh seseorang berkenaan perkara ini....

Apakah tindakan anda jika sang arjuna hati suami mengambil keputusan bertukar kerja tanpa meminta pandangan anda???
Apakah anda akan...
a) Meroyan Marah dan berkecil hati ---> nyatakan mengapa
b) Supportive a.k.a memberi sokongan moral ---> nyatakan mengapa.

Jadi ku ingin bertanya pendapatan anda juga.

Pendapat aku????

Jika aku, aku memilih........
(b) Supportive a.k.a memberi sokongan moral sepenuhnya.
Kenapa??? Kerana aku yakin dan percaya pada suamiku. Aku yakin dan percaya dia pasti sudah memikirkan semasak-masaknya tentang keputusan yang diambilnya. Aku tahu suamiku pasti tahu apa yang terbaik untuk keluarganya. Jika keputusan yang diambilnya itu mendatangkan kesilapan di kemudian hari, I will never blame him. Aku akan memberikan sokongan moral kepadanya. Aku mahu menjadi isteri yang supportive. Aku mahu dia tahu bahawa aku sentiasa menyokong keputusannya yang baik-baik sajalah yer... cik abang jangan salah paham statementku nihhhhh...
Aku berkahwin dengannya semestinya kerana kepercayaanku sila jangan salah gunakan yang tidak berbelah bagi kepadanya. Owhhh....baik hati sangatkah aku???? Aku memang mahu jadi tulang belakang kepada suamiku... I am very supportive...yes I am!!! Abang..I lurve u....apa kaitan???!! ;p

Jadi kalian bagaimana??? Cuba fikirkan.... :)


Thursday, March 26, 2009

Jadik B*angla...

Minggu ini aku jadik B*angla...sebab...kerja 7 hari straight takde cuti. Sabtu ada raptai Mesyuarat Agung PIBG. Ahad pula majlis Mesyuarat Agung PIBG. Nasib baik lah lepas mesyuarat agung ada acara geng meroyan suka-suki yang mengujakan.

Tadi aku p JCard Day kat Jusco Permas bersama 'si dia'... Aku ada baucer Jusco bernilai RM75 yang ku perolehi ketika Sale di Jusco Tebrau tempoh hari hasil dari perabih duit tak hengat. Jadi dengan baucer itu, aku dapat selai seluar Applemint dan dua helai blouse Voir..berbaloi kan..hahhahaaaa... Aku jugak beli cadar untuk hadiah cabutan bertuah masa mesyuarat agung nanti. Sebab aku nih AJK giler kuasa PIBG, jadi kena sponsor satu hadiah untuk cabutan bertuah. Puas hati sebab aku bershopping tanpa habis duit....hahhahahaaa....

Tapi badan aku lenguh-lenguh.. tak ada sapa-sapa nak tolong bagi massage treatment untuk aku kah???? ;p


Wednesday, March 25, 2009

Peminat-Fanatik-Ibu...

Kalian..sejak akhir-akhir ini, aku diselubungi keresahan. Hidupku tidak setenang dulu. Ke sana-sini, sentiasa ingin diekori. Arggghhhh...kadang-kala aku merindui ketenangan yang dulu. Hidupku jadi tak keruan kerana tiba-tiba aku mempunyai seorang Peminat-Fanatik. Dan lebih haru lagi kerana aku tidak mampu menghindarinya walau apapun yang berlaku. Sebelum kuteruskan kisah peminat-fanatik misteri ini, biarlah aku perkenalkan dulu wajahnya.....


**




Jeng...........jeng.................jengggggggggggg..................
*
****
*****
Peminat-Fanatik-Ibu yang comel dan tembam..bagaimanakah mampu kuhindarinya????

Aku mengesan peminat-fanatikku ini sebelum cuti sekolah hari tu. Dan terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Pantang ternampak kelibat aku, pastinya dia menggediks-gediks nak dapat aku. Tak peduli laaa ketika tu dalam dukungan siapa. Dan lebih dahsyat lagi, kalo aku ada dan tinggalkan dia sekejap, maka dia akan melalak macam kena dera dan akan senyap sambil tersengih-sengih kesukaan bila aku kembali memegangnya...huhuhuuuuuu....
Masa bercuti ke KL aritu makin menjadi-jadi. Almaklum, perjalanan yang lama, ditambah asik menghabiskan masa dalam kereta, maka makin seronok lah dia dalam pelukan ibu. Bila-bila nak, pastinya dapat nenen kesukaannya. Maka bila di hotel, aku nak ke jamban pun tak boleh okehhh... Pantang kelibat aku hilang dari pandangannya, maka akan merengek lah dia mencari aku. Mr Hubby pun fenin melihat peminat-fanatik aku yang sorang ni. Bila aku tak ada, dia nampak sesiapa pun pakai tudung munawwarah pastinya dia akan tergediks-gediks meliang-liuk dalam dukungan abahnya.
Sekarang ni, dah boleh bergerak ke sana-sini. Semestinya, ke mana jua aku pergi...ke dapur, hatta bilik air sekalipun..sekejapan saja dia sudah ada dekat denganku. Aduhai Ainin.... habislah satu rumah ibu ko lap ye nak.... Aku sekarang memang terkejar-kejar buat keja padan muka aku. Balik dari sekolah lebih kurang pukul 3, memang perlu menenenkan dia di samping membuat sesi mengepam. Mesti nak nenenkan hingga aku dia tertido. Lepas tu, bila dia tido jek, haruslah aku cepat-cepat bersilat di dapo sebelum dia bangun. Kalo dia tak tido-tido, pukul 5 aku mesti pergi masak jugak. Dan pastinya acara bersilat di dapo memasakku lebih ganas lagi kerana diselang-selikan dengan adegan meroyan yang tidak ingin anda lihat memujuk dan melayan dia. Aku mesti siap memasak pukul 6, kerana setelah itu aku nak mandikan Aina dan Ainin. Kemudian sesi bagi makan sambil menonton SpaQ menyusul selepas itu. Itu belum masuk nak kemas umah yang biasa aku buat sambil curik-curik masa (kalo ada) atau kalo tak malam jek laaaa aku kemas umah...sapu apa yang patut...huhuhuhuuuu. Jadi acara memblog memang susah nak diselitkan di antara aktivit-aktiviti yang disebutkan itu. Malam...bila anak-anak dah tido, kalo aku masih larat..barulah boleh bukak blog.
Kelmarin dia demam tiba-tiba. Makin tak nak berenggang lah dari aku. Kesian tengok si bam-bam yang masih ada hati nak menggediks walopun demam. Badan je panas, tapi aktifnya sama je. Cumanya, aku mesti di sampingnya, kalo tak merengek laaa dia. Hari ni dia dah sihat. Tapi masih belum berhenti menjadi peminat-fanatikku. Apakah ini lantaran air hikmat seperti kata mama ealyie yang kuberikan padanya?????

Ainin....Ibu sayang Ainin.... Tak kisahlah kalo jadik peminat fanatik ibu sampai ibu penat pun... Jadi ibu memang lah penat kan....hehehheheheee

Tuesday, March 24, 2009

Aina's Teat - *Entri Khusus Untuk Umi Sufira*

Berikutan membaca masalah UmiSufira berkaitan dengan Sufia yang tidak mahukan puting barunya, aku terpanggil untuk berkisah tentang Aina dan putingnya.
Aina kan reverse cycle sewaktu masih BF. Jadi bila aku terpaksa mix susunya dengan susu formula ketika dia berusia setahun lantaran aku preggie lagi ketika itu, memang bermasalah hendak mencari puting yang sesuai dengannya. Pelbagai puting telah dicuba. Dari yang semahal-mahal hinggalah yang murah-murah. Dan setelah letih mencuba, akhirnya aku malas nak bagi susu pakai botol sebaliknya guna cawan saja. Ada satu cawan, diberi puting dan straw sekali. Aku saja-saja test Aina minum guna puting pada cawan itu, wahhhh...dia nak pulak. Jadi kan, kalo pakai cawan kan tak banyak yang boleh dia minum, jadi aku pun transfer lah itu puting ke botol. Jadi bermula dari itu, kekallah puting jenama JAPLO menjadi pilihan Aina sehingga kini. Putingnya pun murah saja, dua bijik hanya RM4.50 dan mudah dibeli di pasaraya-pasaraya yang berdekatan....
Inilah puting JAPLO pujaan hati si Aina....
Jadi Mimie, cuba lah try puting nih...mana laa tau kot Sufia berkenan... :)


Monday, March 23, 2009

My First Concerto...

Cubaan mendownload videoclip... saksikanlah konsert ulung Aina Suraya sepanjang perjalanan dari Pontian ke Seri Alam.

Sila abaikan gambo yang bergegar serta suara latar konduktor konsert...hahhahahaaa