Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts

Wednesday, January 14, 2009

Kerja Bermula...

Hari ini saya telah berjaya mengumpulkan semua data maklumat guru-guru untuk dikemaskini. Almaklum awal-awal tahun ini perlu mengemaskini semua maklumat guru-guru dan juga murid-murid. Itu kerja saya yang memberikan saya keistimewaan kurang masa mengajar. Data murid-murid masih dalam proses pengumpulan. Saya akan selesaikan pengemaskinian data guru-guru dahulu. Mujur sekolah saya tidak ramai murid dan guru. Bilangan murid sekitar 400++ dan guru 36 orang sahaja. Owh..tidak lupa maklumat sekolah. Apa harta terkini yang sekolah miliki perlu dikemaskini juga.

Semua maklumat guru yang telah dikemaskini saya masukkan ke dalam satu fail berwarna kuning. Fail ini bersama laptop akan saya bawa ke hulu ke hilir untuk beberapa minggu ini sehingga proses pengemaskinian data selesai. Saya bawa balik fail kuning ini ke rumah dengan harapan dapat mengemaskini sedikit. Tapi nampaknya tidak berjaya. Hari ini Ainin asyik nak berkepit dengan saya. Aina pula asyik potpet potpet, mengajak saya berbual. Owhhh...saya tidak boleh mengemaskini data kerana ianya memerlukan pemerhatian penuh saya. Mungkin tengah malam nanti jika saya tidak belayar awal, saya akan melakukannya.

Dateline belum dikeluarkan dari pejabat pendidikan daerah. Biasanya penghujung bulan ini atau awal bulan depan saya perlu menghantar data yang telah dikemaskini. Jadi saya masih ada masa yang panjang untuk menyiapkannya. Namun saya mahu selesaikan semuanya awal-awal. Sebab saya tahu kalau last minit baru nak buat, confirm ada saja yang tak kena nanti. Okey...kerja saya sudah bermula... Mari bekerja.... ;)

Friday, January 2, 2009

Tahun 1 2009

01 Januari 2009, Khamis merupakan hari pendaftaran dan orientasi Tahun 1 di sekolahku. Jumlah murid Tahun 1 yang mendaftar pada tahun ini tidak lebih dari 65 orang sahaja. Semua guru terlibat dalam orientasi Tahun 1 ini termasuklah diriku walaupun pada tahun ini buat pertama kalinya tidak mengajar tahun 1. Ramai ibu-bapa yang hadir bagi mendengar taklimat dari guru besar. Keterujaan jelas kelihatan di wajah ibu-bapa, biarpun bukan pertama kali menghantar anak ke sekolah. Yang pertama kali menghantar anak ke sekolah, pasti lebihlah lagi terujanya...hehehheeee....
Pada hari ini juga diadakan ujian KIA2M bagi memilih anak-anak yang boleh membaca dan tidak. Kelihatannya anak-anak era teknologi ini lebih yakin diri. Tak ada adegan menangis tak mau kena tinggal...cuma nampaknya macam ibu-bapa yang tak bape yakin nak tinggal anak..kuikuikuiiiii....Cikgu nampak garang sangatkah???? hahhahahaaaa..............
Tugasku pada hari itu adalah selaku pentaksir @ penilai ujian KIA2M. Seramai 10 orang guru menjadi pentaksir dengan 5-6 orang murid dibahagikan kepada setiap guru. Agak ramai juga anak-anak cikgu yang masuk tahun 1 kali ini...termasuk anak guru besarku okehhh...:p
Dalam 6 orang murid di bawah penilaianku, hanya seorang sahaja yang tidak boleh membaca. Nampaknya tidak begitu ramai murid yang tidak pandai membaca...Alhamdulillah...namun keputusan keseluruhan belum ku ketahui.
Aku semakin teruja menanti sekolah kembali dibuka. Tahun baru, semangat pun baru...harap-harap 2009 membawa sinar dalam kerjayaku insyaAllah.....:)


Gambar-gambar murid tahun 1 sewaktu ujian KIA2M dijalankan. Cikgu Intan tak dapat enterprem sebab sibuk amik gambo...uhuhuhuu...