Tuesday, December 9, 2008

Silibus

Ada yang bertanya tentang perbandingan silibus subjek-subjek untuk darjah satu dengan silibus di tadika. Pada pendapat saya kebanyakan tadika elit sekarang (seperti Nuri, Sistem, Evershine... sekadar menyebut beberapa nama tadika yang famous di sekitar Pasir Gudang), silibusnya kini menyamai @ mungkin melebihi silibus yang diajar untuk murid-murid darjah satu sekarang ini. Cuba kalian lihat masalah yang saya sebutkan di EntriSayaYangIni. Ternyata silibus yang diajar oleh guru tadika ini melebihi apa yang sepatutnya diajar kepada murid darjah 1. Jika di sekolah rendah, tajuk dissolved or not dissolved ini diajar untuk murid darjah dua. Advance kan? Baguslah advance...benarkah bagus??? Bagus JIKA ianya tidak melebihi kemampuan murid dan bagus JIKA apa yang diajar selari dengan yang diajar di sekolah rendah. Umum mengetahui betapa beratnya pendidikan zaman sekarang ini. Maklum saja, Sains & Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Zaman kita dulu, tak ada pun subjek ini. Jadi ibu-bapa lebih teruja untuk melengkapkan anak-anak dengan pendidikan sebelum mereka 'berperang' di alam persekolahan sebenar. Tahniah untuk ibu-bapa yang prihatin ini. Namun diingatkan, keprihatinan mereka itu biarlah seimbang. Jangan berlebihan di mana-mana supaya anak-anak dapat melalui alam pembelajaran mereka dengan seronok dan tanpa stress. Kasihan pada anak-anak sekarang, stress belajar seawal usia 5 tahun!!! Malah ada yang lebih awal, 3 tahun!!! Dulu, saya benar-benar stress belajar sewaktu menghabiskan ijazah pertama di universiti...itupun di kala umur mencecah 20an...alangkah berbezanya!!!
Silibus darjah satu sangat mudah ye kawan-kawan. Bagi subjek Sains lebih diajar kepada asas dan istilah sahaja...sebagai contoh, Parts of my body, Animals - Parts of animals, Plants - parts of plants and how plant grows, Five senses - knowing about tastes, feel (hot & cold, smooth & rough, hard & soft), shadow, colours, light & dark. Tidak terlalu mendalam. Matematik juga diajar asas nombor dan asas pengiraan sahaja. Cuma yang mungkin nampak sukar kerana ianya di dalam Bahasa Inggeris. Subjek Bahasa Malaysia, peringkat awal pengenalan kepada huruf dan sukukata sebelum mengenal tatabahasa mudah dan membina ayat mudah. Memang sangat basic silibusnya. Sedangkan di peringkat tadika elit, banyak silibus yang melangkaui silibus darjah satu ini. Saya kurang pasti apakah pihak tadika tidak mengambil tahu tentang silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran untuk sekolah rendah atau mereka sengaja in advance supaya dapat menarik ibu-bapa menghantar anak-anak ke tadika mereka. Namun pandangan saya, di peringkat tadika, anak-anak perlu dilengkapkan dengan pengenalan pendidikan, bukan terlalu mendalam hingga menimbulkan kebosanan apabila berada di sekolah rendah dan lebih rumit lagi menimbulkan kekeliruan bagi mereka JIKA apa yang diajar di sekolah tadika berbeza dengan di sekolah rendah. Wallahualam........

4 comments:

::Umi Sufira:: said...

Saya setuju ngan Sayangibu tang silibus budak tadika nih berat..tengok Syaura punya silibus pon boleh tahan susah...tall taller tallest pon dah blajar... mmm hopefully janganlah dia cepat bosan bila masuk skolah rendah nanti..amin..

Yan said...

tadika sama level dengan darjah 2? kellass...

Zety Zin said...

teringat masa zaman mak dok tabika kemas. main-main je. rasanya yang paling berat pun belajar doa makan dengan doa "robbana aatina fiddunnia" sebelum balik. selebihnya main-main-main. banyak main art la kut rasanya. sungguh seronok.

sayangibu said...

mimi..tu laa kan, saya pun confuse..apakah silibus sek ren perlu di'up'kan lagi supaya melebihi sek tadika,atau sek tadika yg perlu revisekan blk silibus mereka supaya x melebihi sek ren???
ya cik yan..kelas mmg kelas..tp bila anak2 cepat bosan di sek ren dah x ada dah kelasnyer...hehheee
zety...btollah...masa kita sek tadika dulu more fun kan...:)