Tuesday, November 11, 2008

Dissolved or Not Dissolved???...

Seorang parents yg amat concern dgn pendidikan utk anak-anaknya telah meminta pendapatku berkenaan dgn cocoa powder...does it dissolved or not dissolved in water??? Menurutnya, guru sekolah tadika anaknya telah berbeza pendapat dengannya. Baginya, cocoa powder dissolved in water, tp guru tadika tersebut menyatakan tidak.
Cocoa powder sama dengan milk powder dan instant coffee (3 in 1 yerrr)...it dissolved in water. Di dalam silibus sains tahun dua menyatakan, "A material is dissolved in water, if it doesn't left anything when we filter it". Cth bg not dissolved tu mcm batu, pasir. Saya telah diminta bercakap dengan guru tadika tersebut dan menerangkan tentang hal ini.
Menurut guru tadika tersebut, 'cocoa powder not dissolved in water' kerana bila dibiarkan beberapa ketka, akan ada ketulan-ketulan yg menunjukkan ia tidak larut. Jawapan saya..memang benar. Tapi itu bukan menunjukkan ianya tidak larut tetapi 'tidak larut sepenuhnya'. Ia masih larut di dalam air. Di dalam silibus, kita cuma nak memperkenalkan konsep larut dan tidak larut...itu sahaja. Maksudnya bagaimana keadaan yang dimaksudkan dengan larut & tidak larut itu. Tidak larut seperti contoh yang diberi di atas tadi. Walaupun cocoa powder tidak dapat larut sepenuhnya, ia masih lagi dikategorikan sebagai bahan yang larut di dalam air. Jika diperhatikan, gula dan garam juga pada suatu ketika akan mengalami keadaan tidak larut iaitu apabila ia mencapai tahap tepu, ia tidak akan melarut lagi.
Setelah berbincang dan melahirkan pandangan masing-masing, akhirnya guru tadika tersebut telah menerima konsep yang saya nyatakan.
Begitulah...bila menjadi seorang guru ni, bukan sahaja nak memahamkan murid-murid malahan ibu-bapa dan kali ini, tambah seorang lagi dalam list saya iaitu...guru tadika...hehehee..Kadang-kadang konsep yang mudah-mudah pun boleh jadik konpius jugak bilamana dalam keadaan seperti ini. Ada banyak lagi kisah misunderstanding yang telah saya hadapi. InsyaAllah akan saya coretkan dalam N3 mendatang....

No comments: