Showing posts with label movies. Show all posts
Showing posts with label movies. Show all posts

Thursday, February 5, 2009

Movie Tag...

Aku ditag dengan penuh kasih sayang oleh Mama H&H a.k.a arnie... Thank you... Sebenarnya hampir-hampir lupa apa filem yang pernah ditonton bersama hubby di panggung wayang...heheheheee...Namun setelah direfresh balik bersama-sama hubby, barulah ingat balik. Teruk btol kannn..macam laaaa sepuluh tahun yang lepas p wayang bersama-sama. Tapi bagus jugak tag nih. Boleh lah aku dan hubby bergurau-gurau manja sambil guessing citer apa yang pernah kitorang p bersama. At the end memang aku yang lemau sebab dapat ingat dua jek...hubby ingat tiga....Maklum lah aku nih urat dah banyak putus..hehehhehee... Jadi..ni lah antara filem-filem yang kami tonton bersama dari masa berdating malu-malu kucing masa bercinta sampai lah berdating masa dah kahwin juga sedang bercinta...ahakssss.....Oleh kerana aku dan hubby memang minat dengan citer-citer M Night Shyamalan dan juga lakonan Will Smith...maka banyaklah cerita mereka yang kami tontoni...
I Robot, tahun 2004... Owhhh..masa nih baru-baru berkenal-kenal ngan hubby nih. Lom tahap bercinta sangat lagi nih... Citer nih memang best giler. Lagi pulak si macho pujaan hatiku yang berlakon. Haruslah aku terlupa ada boipren kat sebelah...hahahhaaa...

Lady In The Water, tahun 2006.. Arahan M. Night Shyamalan... Masa nih dah kahwin dan tengah pregnant Aina nih...Walopun movie yang berat tapi sama-sama suka...layan jek okehhhh. Tak silap aku ni last aku tengok movie masa pregnant, sebab balik tu, Aina melompat-lompat sakan dalam perut aku, aktif tak pasal-pasal sampai aku naik cuak. Hubby terus kata dahhh, pasni takyah tengok wayang lagi laaa..baby terkejut bising sangat kot...huhuhuuuu........

I Am Legend, tahun 2007....sudah ada sorang anak..sempat layan, anak mak tolong jagakan...hehheheheheee. Citer ni sangat best okeh. Memang citer Will Smith best-best belaka (ke sebab aku fanatik sangat ngan dia???). Aku sampai suruh hubby beli DVD dan aku layan dua tiga kali gak citer nih....hehehheee...

Jangan Pandang Belakang, tahun 2007. Ni citer melayu PERTAMA okeh yang aku p tengok ngan hubby. Tu pun dia setuju sebab aku dah janji nak bawak adik bongsu aku p tengok masa dia cuti skolah. Hubby boring dan sangat anti-klimaks okeh...aku pulak..lebih banyak nyorok belakang hubby dari tengok...huahuahuaaaa....

The Happening, tahun 2008. Ni cerita terbaru M. Night Shyamalan. Owhhhh..aku dan hubby sangat suka. Citer suspen yang amatlah mengsaspenkan......

Okeh...aku seterusnya dengan penuh kasih-sayang juga nak mengetag.........

1. SweetDarling

2. MamaEalyie

3. CikLinn

4. KakIenaHamdi

5. AsMrsNoel

Silalah buat yer kawan-kawan.........