Ermmm...pagi tadi, ketika beramas mesra dengan anak-anak murid ku, aku telah ditanya, "Cikgu...kenapa cikgu jadik cikgu???"....
Ahahhahaaa... soalan yang membuat aku tersenyum panjang sebelum menjawab. Apa jawapan aku?? Semestinya jawapan yang memotivasikan anak-anak murid ku lahhhh...
Tapi...bila aku renungkan kembali soalan mudah itu.. sebenarnya terlalu berliku-liku perjalanan hidup aku sebelum aku mempasrahkan diri dalam arena pendidikan ini. Sesuatu yang ingin sekali aku kongsikan dengan kalian.
Kenapa aku menjadi seorang cikgu a.k.a guru. Yang pastinya ia bukanlah kerjaya pilihan sewaktu zaman persekolahanku dari kecik hingga beso. Masa kecik... bila ditanya tentang kerjaya pilihan...aku akan memberi jawapan tipikal anak-anak dari dulu hingga sekarang...
"Saya ingin menjadi... doktor... akauntan ....dannnnnn......" ahaaaa....aku pernah nak jadik pramugari okehhhh...dek kerana pengaruh cerita CHIAKI waktu itu... Yaaa...sila gelakkan aku...hahahhahaaa.....
lihatlah pengaruh TV kepada anak-anak ya kaliannn...Kemudian.. di universiti, aku mengambil jurusan Kimia Gunaan. Berhempas-pulas, lintang-pukang hingga mendapat degree..melayakkan aku menjadi seorang Ahli
Nujum Kimia a.k.a Chemist. Kemudian 2 tahun lebih bergelumang dalam makmal
mencipta BOM nak musnahkan bos kedekut..kahkahkahhhh di kilang elektronik dan juga kilang tepung... Kerja,kerja dan kerja... opis hour yang menyebalkan. Hujung minggu pun bantai ke kilang bila ada raw material baru masuk kilang
sampai tak boleh p dating. Tension sebab keje lebih masa, overtime tak boleh claim...apakahhhhh????? Bila hidupku hanyalah untuk kilangku dan makmalku... maka aku mula memikirkan apakah aku akan sibuk macam nih kalo dah kawen nanti??? Macammana nak urus suami dan anak-anak??? Ditambah pula dengan rungutan AYAH yang setiap kali jemput aku balik kerja, mesti bising-bising aku bau 'chemical'. Dalam bising-bising itu, sibuk suruh aku mintak cikgu. Dek kerana influence dari ayah, ditambah dengan ketidaksanggupan aku untuk menjadi a very-the-busy-working-mom, maka aku mula berpikir-pikir untuk menjadi seorang CIKGU.
Dan akhirnya..aku berjaya mencelahkan diri di antara hampir 6000++ calon yang memohon waktu itu, untuk masuk ke maktab. Yaaa....harus ku akui, aku hipokrit ketika permulaan ingin menjadi seorang cikgu. Masa itu, hanya membayangkan...seronoknya kerja separuh hari, hujung minggu yang free dan cuti sekolah yang panjang di samping gaji dan elaun yang lumayan berbanding pendapatan masa bekerja kilang dengan jawatan gempak...Chemist..ahahhaaaa...
Namun...bila kedua-dua kaki sudah melangkah ke dunia pendidikan...persepsiku mula seratus-peratus berubah. Saat pertama kali menyanyikan lagu 'Kami Guru Malaysia' beramai-ramai sewaktu orientasi di maktab, bergenang air mataku, berdiri bulu romaku. Terasa besarnya tanggungjawab yang bakal ku pikul.
Dan apabila jawatan GURU itu sudah sah di tangan... Apabila pertama kali berkhidmat di sekolah, merenung bening mata anak-anak kecil yang dahagakan ilmu... ternyata jawapan aku untuk soalan "Kenapa aku menjadi Cikgu" sudah berubah. Bukan lagi kerana pesona kerja separuh hari, cuti sekolah yang panjang atau gaji yang lumayan....
Aku menyedari aku telah jatuh cinta pada kerjaya ini, apabila pertama kali dipanggil "Cikgu". Kerjaya guru menuntut komitmen yang tinggi juga pengorbanan yang besar, bukan hanya masa, tenaga malahan wang ringgit. Kami guru bukan hanya mengajar, tetapi mendidik anak-anak menjadi insan. Kalau pun tidak semua yang menjadi ,menteri, doktor, jurutera, akauntan atau ahli kimia... semoga mereka boleh menjadi INSAN yang teguh jati diri dan bertanggungjawab. Mengajar mungkin semudah ABC...tetapi mendidik tidak semudah itu... Aku menjadi cikgu kerana aku ingin mendidik anak-anak bangsaku. Nampak patriotik sangatkah jawapan aku?? Memang patriotik...tapi itulah yang ada dalam hati dan jiwaku kini...Semoga niatku dipermudahkanNya.
Kalian... cuba fikirkan kenapa kalian menjadi apa yang kalian kerjakan sekarang??? ;)